Sunday

Akhirnya ruangan comments terpaksa ditutup

Blog ini bertujuan untuk menyimpan foto, info dan cerita tentang daerah Bera atau tentang orang Bera. Melaporkan aktiviti-aktiviti rasmi dan tidak rasmi di Daerah Bera. Aktiviti jabatan kerajaan, syarikat, NGO, individu atau tokoh tertentu serta penduduk kampung dan felda. Dengan harapan pada masa akan datang, bahan yang disimpan dalam blog ini akan menjadi bahan bersejarah bagi daerah kita. Boleh dijadikan bahan rujukan. Boleh dijadikan kenangan dan teladan.

Disamping itu, blog ini juga bertujuan untuk membina budaya membaca, budaya ilmu dan budaya perpaduan dikalangan masyarakat daerah Bera. Dengan membaca, ilmu dan perpaduan akan wujud suasana hormat-menghormati walaupun berlainan pegangan dan keturunan.

Sementara ruangan 'comments' dibukakan seluas-luasnya (sesiapa sahaja boleh menulis tanpa memeprkenalkan diri) untuk melibatkan penyertaan masyarakat dalam pengumpulan foto, info dan cerita tentang daerah kita. Seterusnya menyediakan himpunan links bagi blog-blog yang berkaitan dengan daerah Bera.

Blog ini yang bemula pada bulan Oktober 2000, akhirnya terpaksa membuat perubahan besar berkaitan pengelibatan masyarakat. Pada 13 September 2009 blog ini akhirnya terpaksa menutup ruangan 'comments'.

Ruangan 'comments' ini terpaksa ditutup kerana sebab-sebab yang saya harap pembaca tetap Laman Kerayong tau. Kalau tak tau biarlah tak tau. Satu masa nanti mungkin saya akan ceritakan. Kalau tak disini, ditempat lain.

Adalah amat diharapkan:
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana 'comments' telah ditutup.
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana kita masih dalam bulan Ramadan.
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah dari "keluarga orang yang amat baik-baik" dan "berstatus amat mulia" dikalangan masyarakat Bera.
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah Hamba Allah yang "bertaraf amat tinggi" disisi Allah SWT.
-Sedangkan saya adalah manusia yang bertaraf amat rendah disisi Allah SWT, amat hina disisi Allah SWT, dan amat kerdil disisi Allah SWT. Serta juga "amat rendah" di mata orang-orang seperti mereka dan layak menerima penghinaan sedemikian daripada mereka.
-Semoga Allah SWT "mengangkat" martabat mereka dan keluarga mereka "setinggi-tingginya".
(ingin saya berdoa supaya ALLAH SWT terbalikkan semuanya) 7.12.2009

Saya juga mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesungguh saya bukanlah orang yang sempurna. Sesungguhnya kita semua bukanlah orang yang sempurna. Kita boleh mempengaruhi satu orang supaya mendengar dan mengikut perintah kita sampai bila-bila. Tetapi kita tak mampu nak pengaruhi semua orang supaya mendengar kata-kata kita untuk selama-lamanya. Sesungguhnya lagi tidak guna kita berbantah-bantah (berhujah/berbahas) walaupun pada perkara yang benar. Kerana masing-masing akan menegakkan kebenaran masing-masing.

Akhir sekali semoga Ramadan ini adalah Ramadan Yang Menginsyafkan buat kita semua yang berasal, bertugas, berniaga, belajar, berjalan-jalan atau berumah di Daerah Bera.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
Saya bukanlah orang yang terbaik atau paling layak untuk melaporkan kepada dunia tentang daerah kita. Cuma Blog Laman Kerayong ini adalah antara tugas rasmi saya pada masa ini.

KHAZANAH ILMU PENGGERAK MINDA