Showing posts sorted by relevance for query rumah terbakar. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query rumah terbakar. Sort by date Show all posts

Wednesday

Rumah Terbakar (01) Keadaan rumah

Kejadian kebakaran ini berlaku di rumah bernombor 64A Kampung Padang Luas (Kerayong), 28200 Bandar Bera (Triang) Pahang pada hari Sabtu 5.9.2009 jam 3.50 petang. Rumah separuh kayu separuh batu ini di diami oleh pasangan suami isteri Encik Ismail b Daud(68 tahun) dan Puan Jemilah bt Abdullah (68 tahun). Turut tinggal di rumah ini adalah anak mereka Noranida bt Ismail (35 tahun) bersama seorang cucu Muhammad Haiqal b Che Ishak (4 tahun).

Encik Ismail ini sebenarnya dah uzur. Beberapa kali dimasukkan ke ICU Hospital Temerloh. Kini beliau hanya terbaring sahaja atas tilam. Puan Jemilah pula masih daya bangun dan membuat bermacam-macam kerja walaupun menghidapi beberapa penyakit.
11
Pasangan ini sebenarnya telah balik ke Kelantan. Cadangannya nak habiskan puasa di Kelantan dan seterusnya raya di Kelantan. Anak-anak dijangkan akan menyusul kemudian bersama keluarga masing-masing.
10
Beberapa hari sebelum kejadian, Encik Ismail sibuk nak balik katanya ' "Nak tengok rumah". Semakin lama makin kerap beliau menyebut nak balik nak tengok rumah di Bera. Tak sanggup melihat rayuan bapanya, anaknya menghantar bapa dan ibunya balik ke Bera pada 4.9.2009 iaitu hari Jumaat. Sampai di Bera pada sebelah malam hari Jumaat atau orang Melayu kata malam Sabtu. Anak yang menghantarnya terus balik semula ke kelantan kerana terpaksa bekerja.
09
Kejadian berlaku lebih kurang jam 3.50 petang. Pada masa tersebut hanya Encik Ismail yang telah uzur berada seorang diri dalam rumah. Isterinya Puan Jemilah berada di luar rumah sedang mengupas kelapa. Sementara anaknya Noranida juga berada di luar rumah sedang melayan anaknya Muhammad Haiqal yang hendak minum air kelapa.
08
Encik Ismail yang terlantar dalam rumah tiba-tiba mendengar bunyi letupan kecil. Tidak lama kemudian bahagian tersebut terbakar. Beliau menjerit memanggil isterinya tetapi tiada jawapan. Dalam usaha merangkak keluar untuk menyelamatkan diri beliau pengsan. Puan Jemilah pula tiba-tiba perasan ada asap dan api. Terus meluru mendapatkan suaminya. Dilihat suaminya telah pangsan. Diusahakkan untuk menarik keluar suaminya yang telah pengsan. Api semakin marak. Beliau semakin keletihan. Dengan izin Allah SWT tiba-tiba muncul seorang pemuda dan segera membantu membawa Encik Ismail ke tempat yang selamat.
07
Tak sampai 15 minit semua yang 'rangup' habis terbakar dimakan dengan lahapnya oleh api yang rakus.
06
Bomba Triang dihubungi. Bomba Sukarela Kemayan juga sampai. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tetapi tiada apa yang tinggal selain dinding semen, tiang kayu, atap zink dan rangka motosikal Lagenda. Rumah sekitar terselamat. Bomba Triang meninggalkan tempat kejadian jam5.50 petang.
05
Rumah yang terbakar ini terletak di belakang Dewan padang Luas. Berhampiran dengan dewan ini juga terdapat Pejabat Pendidikan Daerah Bera, Sekolah Kebangasaan Kerayong, Sekolah Menengah Seri Bera, Pejabat Pertanian Daerah Bera, Pejabat Kemas Daerah Bera den Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangasaan (AADK).
04
Kejadian ini adalah Ramadan Yang Menginsyafkan (ikhwanmuda.blogspot.com) bagi kita semua.
03
Rumah yang berhampiran juga menglami kerosakan. Ada yang pecah dan retak cermin. Ada yang rosak tangki air. Keluarga Encik Ismail ada bertanya kepada pemilik rumah yang terlibat. kalau mereka nak gantikan kerosakan tersebut pihak Encik Ismail akan usahakan membayarnya. Alhamdulillah, ada yang menjawab "Tak payah ganti, bukan sengaja".
02
Pihak Lama Kerayong berharap Encik Ismail serta isteri Puan Jemilah dan anak-anak; Junaidah, Zulkifli, Mohd Saimy, Rohana, Muhammad Tamizi, Noranida, Mohd Azhar, Mohd Zain dan Mariati sabar menghadapi dugaan ini.

Selain itu, Encik Ismail atau Pak Mail berharap dapat berjumpa dengan pemuda yang membantu menyelamatkan nyawanya. Antaranya adalah Rashid SBY, Pengurus Kedai buku SBY Kerayong yang juga Jaguh Badminton Daerah Bera.
01
Sekianlah satu sudut cerita yang didengar. Nak kata betul tak pasti setakat mana betulnya. Kalau sesiapa nak gunakan cerita ini nak cerita kepada orang lain, mulakan dengan ayat "Ada satu cerita yang tak pasti setakat mana betulnya".

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera).

Hari Ini Dalam Sejarah - Tunas Manja Bera Hangus Dijilat Api

Mungkin tidak terlewat untuk Laman Kerayong bercerita pasal kebakaran Tunas Manja Bera. Ada satu cerita kononnya tunas manja Bera bukan terbakar akibat berlakunya litar pintas tetapi telah dibakar oleh pihak tertentu. Kononnya pihak polis sedang menyiasat beberapa tin/botol minyak tanah di belakang Tunas Manja. Tin/botol minyak tanah tersebut dipercayai digunakan oleh pihak yang iri hati untuk membakar tunas manja bera. Satu lagi cerita adalah tentang berapakan jumlah tuntutan insuran? Adakah kedai-kedai lain yang menyewa dengan tunas manja bera patut dapat tuntutan insuran yang dibuat oleh tunas manja bera. Sama-sama kita dengar cerita-cerita orang ... yang tak pasti mana betul dan mana benar.

Saya kebetulan pula berjumpa dengan Along yang bekerja dengan syarikat pemadam api. Beliau dimaklumkan bahawa tunas manja telah diberi amaran oleh bomba kerana telah bertahun tidak membuat penyelanggaraan sistem pencegah kebakaran. syarikat Along telah berjumpa dengan pengurus Tunas Manja Bera untuk menawarkan perkhidmatan penyelanggaraan.

Pengurus Tunas Manja membenarkan syarikat alat pemadam api Along membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan menunjukkan banyak alat perenjis air tidak berfungsi, bateri tidak berfungsi dan panel pencegah kebajaran tidak berfungsi. Keadaan ini tidak memeranjatkan kerana sistem mereka tidak pernah diselenggara setalah dibuka lima enam tahun dahulu.

Syarikat alat pemadam api Along memberikan sebut harga sebanyak lebih kurang RM10,000 kerana banyak alat perlu diganti. Selepas seminggu pengurus tunas manja bera menelefon Along menyatakan syarikat tunas manja tidak sanggup membayar harga tersebut. Along kata harga tersebut sudah terlalu murah jika dibandingkan dengan harga syarikat di Kuala Lumpur yang boleh mencecah RM25,000. Namun begitu pengurus tunas manja bera tetap dengan keputusan tidak mahu membuat penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran mereka.

Along berkata tunas manja bera akan berhadapan dengan risiko yang besar jika mereka tidak sanggup membayar harga penyelanggaraan sistem pencegah kebakaran mereka. Mereka sepatutnya membuat penyelenggaraan setiap tahun. Tunas manja bera ada membuat penyelenggaraan untuk alat pemadam api tetapi alat pemadam api adalah untuk digunakan oleh orang. Alat tersebut berguna jika masih ada orang dekat punca kebakaran. Bila semua orang dah balik hanya tinggal sistem pencegah kebakaran untuk melindungi bangunan tunas manja bera.

Bila mendengar tunas manja bera terbakar tidak memeranjatkan Along kerana sepatutnya mereka membuat penyelanggaraan sistem pencegah kebakaran mereka. Apa yang along dengar kebakaran berpunca di belakang kedai CD. Tetapi tunas manja bera tidak akan terbakar kalau setakat ada orang mencurahkan minyak tanah dan membakarnya di belakang tunas manja. Simen konkrit belakang tunas manja adalah tembok yang kukuh dan tahan api.

Along mengingatkan kita semua bahawa semua pendawaian dawaian letrik perlu dikunci/ikat dengan ketat dan kuat. Jika satu-satu dawai tersebut tidak diikat dengan kuat dawai tersebut akan spak pada masa-masa beban puncak dan ini akan menyebakkan soket/suis tersebut lembik/cair dan hangus seterusnya boleh menyebabkan kebakaran. Kuasa yang dikeluarkan oleh arus elektrik adalah lebih kuat dari kuasa minyak tanah.

Jadi kita semua segeralah memeriksa pendawaian ditempat masing-masing. Jika ada yang longgar segera minta bantuan orang yang berkelayakan.

Tunas Manja Bera Dalam Kenangan 11 Disember 2011.
Berita berikutnya dipetik dari Laman Pahang.
[http://lamanpahang.blogspot.com/2011/12/kebakaran-tunas-manja-bera-dan-sakan.html]

BERA, Kerayong/Triang, Pahang - Penduduk Daerah Bera telah dikejutkan dengan kebakaran mengejut deretan kedai Tunas Manja Bera. Asmawi dari Asmawi Construction ketika ditemui di tempat kejadian berkata inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera. Kebanyakan penduduk bercerita betapa terkejutnya mereka dengan kebakaran Tunas Manja Bera ini. Bagi penduduk daerah Bera, Tunas Manja Bera, Big 10 Bera, Sakan Bera dan Pasaraya Aktif Bera adalah tempat yang membekal pelbagai barangan keperluan kepada penduduk daerah Bera. Malah ada yang menganggap Tunas Manja Bera adalah sebagai mercu tanda daerah Bera. Daerah Bera memiliki Tunas Manja lebih awal dari Daerah Temerloh.
1. Berikut adalah senarai lokasi Tunas Manja:
-Air Putih: 25300 Kuantan, Pahang.
-Indera Mahkota: Taman Pasdec Aman, 25300 Kuantan, Pahang.
-Bukit Setongkol: Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang
-Pekan: Jalan Engku Muda Mansor, 26600 Pekan, Pahang.
-Taman Tas: Pandan Damai, KM11, Jalan Kuantan-Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
-Transit Point: Jalan Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang.
-Sungai Isap: Pusat Komersial Batu 3, Jalan Sungai Isap, 25150 Kuantan, Pahang
-Rompin: Depan Bandar Baru, 26800 Kuala Rompin, Pahang
-Beserah: Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang
-Bera: Mukim Triang, 28300 Bera, Pahang
-Kemaman: Mukim Cukai, 24000 Kemaman,Terengganu Darul Iman
-Mersing: Taman Bandar Baru Mersing, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim
-Batu 11: Lrg Seri Mahkota Permai 1, Perkampungan Seri Mahkota Permai, Jln Ktn-Gambang, 26070 Kuantan Pahang
-Maran: Bandar Baru Maran, 26500 Maran Pahang Darul Makmur Malaysia
-Tanjung Gemuk: Taman Tanjung Gemuk 1, 26820, Rompin, Pahang.
-Raub: Mukim Gali, 26720 Raub, Pahang, Malaysia
-Muadzam Shah: Mukim Bebar, Muadzam Shah, Pahang.
-Paka: Mukim Kuala Paka, Kg. Cacar Baru, Jalan Besar, 23100 Paka, Terengganu,
-Temerloh: Kg Haji Ali Temerloh.
2. Pada 11hb Disember 2011, deretan bangunan Tunas Manja Bera telah terbakar hangus sehingga tidak benda yang terselamat melainkan air minuman dan roti yang berada di luar bangunan. Turut terbakar adalah Pasaraya Sakan (bumiputra), Kedai muzik cakera padat, Kedai pakaian, Kedai Makan (bumiputra) dan Gelanggang Futsal (bumiputra).
3. Ada macam-macam cerita dan andaian yang dibuat oleh penduduk daerah Bera tentang macam mana Tunas Manja dan Sakan Bera boleh terbakar. Ada yang yakin ianya berpunca dari tempat orang menjual wafer depan Tunas Manja Bera. Kerana tempatnya ada gas untuk memasak wafer. Kalau itulah tempat puncanya kenapa tempat itu tidak hangus kesemuanya ?
4. Ada pula yang berkata kedai makan yang menjadi punca kebakaran. Kerana dalam kedai makan memang ada tong gas untuk memasak. Persoalannya kedai makan tersebut bersebelahan dengan gelanggang Futsal, kenapa kawasan gelanggang futsal tidak musnah teruk berbanding kawasan lain?
5. Timbul juga persolan kemana pergi jaga Tunas Manja Bera. Adakah Tunas Manja Bera telah tiada jaga. Kalau ada jaga tentulah dialah orang yang pertama menyedari kebakaran ini sebelum api merebak. Kalau tiada jaga, kenapa Tunas Manja Bera memilih untuk tidak mahukan perkhidmatan jaga? Orang kata keuntungan bersih Tunas Manja Pahang mencecah RM60,000 sehari. Malah Tunas Manja Bera adalah tunas manja yang paling menguntungkan antara banyak-banyak tunas manja. Kenapa tiada jaga?
6. Ada juga yang tinbulkan persoalan kenapa orang sekitar tidak sedar kejadian ini. Kenapa orang yang lalu lalang tidak sedar. Kenapa jaga Sekolah Bandar Kerayong tidak sedar. Kenapa pelanggan Ar-Robah 24jam tidak sedar? Kenapa pelanggan 7 Eleven tidak perasan. Apakan gerai di Pantagoon Inn tiada orang pada masa itu?
7. Persoalan utama sekarang adalah PERTAMA pukul berapa kebakaran bermula. KEDUA dimana tempat mula-mula terbakar. KETIGA kenapa tiada api menjulang tinggi. KEEMPAT kenapa pokok dan rumput belakang deretan kedai tidak terjejas. KELIMA kenapa lambat sangat melapurkan kepada bomba.
8. Untuk menjawab persoalan tersebut kita rujuk kepada seorang saksi iaitu Atan pekerja pusat karoake yang sempat merakamkan kejadian kebakaran Tunas Manja Bera ini. Kata Atan, dia dan kawan-kawannya sedang minum di Kedai Makan Bera Pantagon Inn dalam jam 2.00 pagi. Kemudian dia dan kawan-kawan pergi ke 7 Eleven. Dari 7 Eleven beliau dengan bunyi letupan dan macam ada kebakaran di bangunan Tunas Manja Bera.
9. Bila hati dah rasa tak sedap beliau terus ke bangunan Tunas Manja Bera dan dia nampak api telah mula memakan banguna Tunas Manja Bera. Terdapat litar pintas di belakang Tunas Manja Bera. Mungkin ada satu kabel letrik yang telah tercabut dan terjatuh atas kotak dan membakar kotak tersebut.
10. Beliau terus merakamkan kejadian tersebut dengan handphone. Masa rakaman menunjukkan jam 2.15 pagi. Dalam masa yang saya beliau menyedari jaga tiada di tempat bertugas. Seorang kawannya telah diarahkan mencari jaga Tunas Manja Bera di Restoran 24jam Ar-Robah. Jaga tersebut dimaklumkan kejadian tentang kebakaran di tempat bertugasnya. Jaga tersebut terus meminta bantuan bantuan. pada masa ini rakaman menunjukkan jam 2.35 pagi.
11. Atan terus merakam kejadian kebakaran tersebut. Api telah semakin marak. Mungkin berpuluh letupan telah berlaku. Antara punca letupan adalah alat-alat pemadam api dan arak minuman keras yang banyak dijual di Tunas Manja Bera.
12. Atan masih terus merakam kejadian. Jam 2.55 pagi kereta peronda polis yang pertama telah sampai. Diikuti 5 minit kemudian iaitu 3.00 kereta bomba yang pertama tiba di tempat kejadian. Berselang 5 minit lagi sampai pula jentera bomba yang kedua.
13. Ahli bomba dari jentera kedua terus mengoyakkan dua pintu pada Pasaraya Sakan. Tidakan ini perlu dilakukan segera kerana kabakaran Tunas Manja Bera adalah kebakaran dalam bangunan. Bukan Kebakaran terbuka. Jika kebakaran terbuka, ramai orang akan perasan kerana api akan menjulang tinggi dengan asap yang berkepul-kepul.
14. Deretan kedai Tunas Mnaja Bera adalah bangunan yang tertutup. Kebakaran dalam bangunan yang tertutup lebih bahaya dari kebakaran pada bangunan yang terbuka. Api hanya marak dalam bangunan sahaja. Hanya ada sedikit sahaja ruang untuk asap keluar. Bahagian dalam menjadi ruang ketuhar yang amat panas. Besi pun boleh cair.
15. Jika terdapat sedikit sahaja oksigen yang menderu masuk dalam bangunan tersebut maka bangunan tersebut akan meletup keseluruhannya. Jika berlaku letupan tersebut, nyawa anggota bomba dan anggota polis yang bertugas berhampiran tempat kejadian akan terkorban. Malah hasil dari letupan tersebut akan memercikkan bunga-bunga api ke kawasan sekitar. Percikan bunga api tersebut boleh menyebabkan kawasan berhampiran pula terbakar. Kesudahannya kebakaran merebak ke bangunan lain.
16. Nasib baik tindakan pantas salah seorang anggota bomba memecahkan pintu Pasaraya Sakan telah menyebabkan asap boleh keluar dan tekanan dalam bangunan serta merta berkurangan. Kejadian letupan besar boleh dielakkan.

17. Menurut Atan lagi, api yang berpunca dari belakang bangunan Tunas Manja Bera telah membakar kesemua bahagian belakang deretan bangunan Tunas Manja Bera. Setelah semua bahagian belakan terbakar barulah api tersebut mara kebahagian hadapan.
18. Sampai satu peringkat semua rangka bahagian tengah bangunan telah hancur. Keadaan ini menyebabkan bumbung bahagian tengah runtuh. Akibatnya runtuhan bumbung tersebut menyebabkan tiang penyokong rangka tercabut dari tanah. Seterusnya menyebabkan dinding simen bahagian belakang bangunan telah pecah dan retak.
19. Pihak saya datang merakamkan gambar kejadian bermula jam 8.48 pagi hingga 9.19 pagi.
20. Semasa merakamkan gambar saya ditegur oleh polis supaya jangan melepasi garisan yang ditetapkan. Katanya lagi " .. nak buat apa ambil gambar, benda dan terbakar." Saya hanya diam sahaja, malas nak berhujan. Saya hanya memikirkan bagaimana nak rakamkan gambar api yang masih menyala sedang menghabiskan sisa-sisa bangunan Tunas Manja Bera dan rakan-rakannya.
21. Setelah ditegur begitu saya terus ke kawasan Sekolah Bandar Kerayong untuk merakam kerja memadam api sebelah belakang bangunan. Kelihatan lima orang anggota bomba sedang memadamkan saki-baki api. Keadaan nampak tidak terkawal.
22. Apabila saya kembali semula ke depan bangunan Tunas Manja Bera, orang dah makin ramai. Saya ditegur pula oleh bekas Guru Besar yang berbangsa cina. Kata cikgu tersebut, "Ambil gambar banyak-banyak, ini sejarah". Terus saya teringat kata Asmawi pemilik Asmawi Construction kata beliau "Inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera.". Terus terasa bersemangat merakamkan sejarah kejadian ini supaya ada gambar-gambar kenangan untuk menjadi peringatan kepada masyarakat kita pada masa depan. (Kejadian lama: Rumah Terbakar)
23. Pada lewat petangnya pula jentera berat dibawa masuk ke kawasan kejadian. Semua orang ingat kerja membersihkan kawasan akan dilakukan segera. Pantas sungguh Tunas Manja bertindak untuk membangunkan semula bangunan mereka yang baru sahaja terbakar. Cepat sungguh kerja siasatan. Rupanya jentera berat tersebut digunakan untuk membawa keluar dua buah peti besi yang besar. Dengan tiga kali hentak oleh backhoe peti besi tersebut terbuka. Enam bag dikeluarkan dalam keadaan selamat. Yang hangus hanyalah duit hari esok sebanyak RM300 yang ada dalam mesin wang di setiap kaunter.
24.Cerita orang: "Anak sedara kata, kalau nak beli kasut sekolah hitam yang murah segeralah ke Tunas Manja Bera. Maka sampailah kawan disini"
25. Cerita orang; "Istimewa hari ini, di Tunas Manja Bera ada menjual ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar dan ketam bakar. Segera ke Tunas Manja"
26. Cerita orang: "Malam tadi koi bermimpi. Lepas habis periksa STPM ini koi dapat kerja di Tunas Manja Bera. Laaaa! Hari ini datang tengok Tunas Manja dan terbakar. Tak dapat la koi kerja."
27. Cerita orang: "Lepas periksa STPM ni koi cadang nak kerja semula di kedai jual CD kat sebelah Tunas Manja Bera. Laaa! terbakar pulak. Kat mana lak koi nak keja?"

LINKS:
1. renex89.blogspot.com (tunas-manja-bera-musnah) - Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
2. sinarharian.com.my (tunas-manja-kerayong-terbakar) - Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.21 pagi.
3. mohandin.blogspot.com (tak-ada-letrik-tunas-manja-bera-terbakar)
4. batutepijalan.blogspot.com (kebakaran-di-tunas-manja-bera)
5. adamfikri.com (aset-rm1-juta-hangus-pasaraya-pekan-kerayong)
6. aku-masihdisini.blogspot.com (terbakarnya-tunas-yang-manja)
7. miss-nadya.blogspot.com (selamat-sampai-dari-melaka)
8. sajanakcerita.blogspot.com (tunas-manja-kerayong-terbakar)

Cerita diatas telah diolah mengikut kreativiti Laman Pahang. Tak boleh nak kata cerita disini betul dan cerita disana tak tepat. Kita tak tahu perkara yang sebenar. Laman Pahang bukan penyiasat tetapi pengumpul cerita orang sahaja. Jadi yang ditulis disini adalah pandangan seseorang.

Rumah Terbakar (02) kereta dan pokok

Laman Kerayong baru sebentar tadi dapat berhubung dengan Encik Rashid SBY. Kabar-kabar angin mengatakan bahawa beliau adalah orang yang pertama sampai ditempat kejadian. Kalau selepas ini ada cerita mengatakan ada orang lain yang menjadi orang pertama sampai ditempat kejadian kita anggap betul juga. Mungkin mereka sama-sama nombor satu.
05
Menurut kata Encik Rashid, beliau lalu di kawasan tersebut lebih kurang pukul 3.30 petang. Pada waktu tersebut memang telah jelas kelihatan asap dan api. Encik Rashid terus berhenti dengan tujuan hendak merakam gambar kejadian. Tetapi tidak disangka-sangka beliau adalah orang yang pertama sampai dan perlu menjadi penyelamat kepada Pak Mail dan Mak Su.
04
Pasangan Pak Mail dan Mak Su telah pada ketika terperangkap didalam rumah. Pintu yang mereka tuju berkunci. Encik Rashid terpaksa memecahkan pintu tersebut untuk mengeluarkan mereka. Setela pintu dipecahkan kelihatan keduannya berdiri berpelukan dengan Mak Su memancutkan air melalui getah paip sebagai untuk memadamkan api. Pak Mail dalam keadaan antara sedar dan tak sedar. Bila mahu dibawa keluar Pak Mail Tak mahu kerana ingin menyelamatkan barang-barang.
03
Tanpa berfikir panjang Encik Rashid terus mendukung Pak Mail sambil diiring oleh Mak Su ke bawah pokok. Sampai di bawah pokok Encik Rashid berhenti seketika dan terus mendukung Pak Mail untuk dibawa ketempat lebih selamat dengan meninggalkan Mak Su di bawah pokok. Setelah separuh jalah muncul seorang lelaki berkopiah dan menyambut Pak Mail dan terus mendukung Pak Mail ketempat selamat.
02
Encik Rashid kembali ke bawah pokok memimpin pula Mak Su untuk dibawa ke tempat selamat. Kemudian dimaklumkan ada seorang cucu di dalam rumah. Kelam kabut pula mencari cucu tersebut. Bimbang budak tu takutkan api dan menyorok dimana-mana tempat dalam rumah. Lega, rupanya cucu tersebut menyoruk dalam semak.
01
Menurut Encik Rashid, semasa beliau berhenti di tempat kejadian lebih kurang jam 3.30 petang dah ada orang yang menghubungi bomba. Sebab itu tindakan menghubungi bomba tidak dilakukan oleh beliau. Beliau terus menerpa kearah rumah yang terbakar untuk mengambil gambar. Rupanya ada orang yang perlu diselamatkan.

Demikianlah ceritanya bukan faktanya. Baca boleh. Kalau nak percaya kena tanya semula Encik Rashid. Mungkin ada tersalah tulis.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)

Rumah Terbakar (03) bomba

Usaha gigih pasukan Bomba Triang berjaya memadam kebakaran di rumah No. 64A Kampung Padang Luas (Kerayong), 28200 Bandar Bera (Triang) Pahang pada hari Sabtu 5.9.2009 jam 3.50 petang.

Pasukan Bomba Triang yang dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Kemayan berjaya menghalang api dari merebak ke rumah berhampiran. Pasukan Bomba Triang meninggalkan tempat kejadian jam 5.50 petang.

Terbayang rasa keletihan dan kepuasan kerana berjaya menghalang api merebak ke rumah lain.
06
05
04
03
02
01

KEPADA SESIAPA
YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,

BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)

Rumah Terbakar (04) bantuan

Setelah melihat gambar-gambar yang disiarkan ini, mungkin ada pihak yang ikhlas ingin memberi bantuan atau sumbangan. Mungkin ada yang ingin menghulurkan bantuan tetapi tak mahu orang lain tahu. Mungkin ada yang ingin memudahkan usaha mendapatkan dokumen-dokumen yang teerbakar. Mungkin juga ada yang ingin membantu dengan cara masing-masing.

Kepada mereka ini, harap dapat hubungi Puan Afzainani (menantu) di nombor telefon 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera). Semoga bantuan yang diberikan pada bulan Ramadan ini diberkati oleh Allah SWT.
05
04
03
02
01

KEPADA SESIAPA
YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)