Tuesday

Asal usul nama Daerah Bera (pdtbera)

Ramai juga orang yang ingin tahu tentang asal nama Bera, sehinggakan nama Bera ini diipilih untuk menjadi Nama senuah daerah yang baru di pahang iaitu Daerah Bera. Berikut dipetik cerita yang diyakini betul oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bera ( pdtbera.pahang.gov.my)

Cerita 1:
'Daerah ini dinama dengan mengambil sempena nama tasek, iaitu Tasek Bera. Selain itu, nama “Bera” diperolehi melalui sumber masyarakat Orang Asli Semelai, iaitu berasal dari nama “Reba” sejenis rumpai air. Kabarnya ada satu pokok tua ganjil yang tinggi dan luarbiasa besarnya, cukup besar sehingga bilamana ia tumbang, bahana besar dan impek beratnya menyebabkan ia terbenam dalam ke bumi dan membentuk tasek. Dari batang, dahan dan ranting yang terbenam itu, maka tumbuhlah reba dengan banyaknya.'

Cerita 2:
'Versi kedua dari YM Datuk Tengku Alaudin Tengku Majid manten Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, budayawan asal Chenor yang mengumpul cerita rakyat dan sastera lisan. Bera menurut beliau berasal dari perkataan “bercempera” yang bermakna orang ramai yang lari bertempiaran kerana negeri dan perkampungan mereka ditenggelami air dan menjadi tasek. Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di www.nngellary.com.my'

Jika sesiapa yang inginkan maklumat lanjut tentang cerita ini harap berhubung dengan:
Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur. Malaysia.
No. Tel: 09-2553109 Fax:09-2553444

Sumber asal cerita:
[http://pdtbera.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=47]