
DALAM MATA ADA API
Tiba dirasakan dalam mata ada api
ada yang memulakannya
ada yang membakarnya
Berhati-hatilah bermain api
jangan terlalu yakin
yang kita sendiri tak akan terbakar
Jangan terlampau pasti
bahawa keluarga kita
atau keturunan kita
tak akan terkena
api yang kita bakar
Api tak kenal
siapa tuan
yang menghidupkannya
Api tak ingat
siapa musuh
yang mematikannya
Tetapi manusia boleh ingat
siapa kawan
siapa lawan
Miskin atau kaya
bukan ukuran kawan kita
Kawan tetap membantu
Miskin atau kaya
adalah ukuran musuh kita
Musuh tetap membunuh.
Selasa, 3.11.2009
Sajak hentian bas Bandar Bera
Sajak hentian bas Bandar Bera