Kumpulan warga emas masyarakat cina ini selalu mengadakan senaman secara berkumpulan sesama mereka. Ada masa kumpulan mereka ini sampai sepuluh orang. Ada masa hanya dua orang sahaja. Tetapi mereka tetap menjalankan senaman mereka setiap petang. Senaman yang dilakukan setiap petang ini diiringi dengan lagu melalui kaset.
Golongan warga emas masyarakat cina ini melakukan aktiviti senaman mereka pada setiap pagi juga. Pada jam 6.30 pagi setiap pagi golongan ini akan berjalan mengeliling taman beramai-ramai sambil bercerita macam-macam isu. Kebanyakannya adalah wanita warga emas yang telah kematian suami. Terdapat juga dua kadang-kadang tiga orang lelaki warga emas mereka.
Jam 7.00 pagi ketika hari cuti sekolah ketika budak-budak lain masih tidur, cucu-cucu mereka telah bising mengayuh basikal, berlari dan bermain badminton. Mungkin mereka ni dah biasa bangun pagi, jadi ketika sekolah atau tak sekolah mereka tetap akan bangun pagi. Tiada istilah 'ambil kesempatan' untuk bangun lewat sempena cuti sekolah. Ada masa terfikir juga ... pukul berapa mereka masuk tidur?