Satu blog khas yang menulis tentangOrang Bera telah pun ada dibuat di alamat http://jpmohdnor.blogspot.com/. Tetapi blog ini hanya berkisar pada kehidupan JP Mohd Noor sahaja. Saya tak boleh nak masukkan cerita yang tak berkaitan dengan beliau disini. Menukar konsep Laman Kerayong daripada Foto dan Info kepada FOTO, INFO dan CERITA membolehkan Laman Kerayong mengumpul cerita suka duka penduduk Bera. (Sekali lagi diingatkan, kita anggap bahawa cerita-cerita itu nanti adalah rekaan saya semata-mata)
Akhir sekali Laman Kerayong tidak bertanggungjawab terhadap kerugian, kerosakan dan seumpamanya terhadap sesiapa yang menggunakan foto, info dan cerita disini.
CERITA TAK ADA APA-APA
Sebelum Jumaat hari ini ditakdirkan saya bertemu dengan orang Bera yang terpaksa berurusan dengan klinik. Yang seorang bayinya banyak kahak dan yang seorang lagi matanya sakit. Kita namakan klinik tersebut 'klinik K'.
Orang yang pertama pergi bersama isterinya membawa bayi mereka ke klinik tersebut. Setelah diperiksa doktor klinik K ni kata 'Tak Ada Apa-apa'. Saya ambil kesempatan untuk bertanya (jaga tepi kain orang), "Sakit apa anak ni?". Jawab suaminya "Banyak kahak, susah nak tidur". Jelas terbayang kekecewaan di wajah suaminya apabila mendapat jawapan 'Tak Ada Apa-apa' dari doktor. Lalu mereka membuat keputusan untuk mencuba nasib di klinik di Temerloh.
Kemudian saya bertemu dengan orang sakit mata pula. Setelah beberapa kali berulang ke klinik untuk berjumpa dengan doktor, akhirnya pesakit ini berjaya berjumpa dengan doktor. Cerita orang kedua ini pula, "Baru sahaja duduk, doktor terus berkata 'Tak Ada Apa-apa'." Kaku dan beku juga seketika apabila mendengar jawapan daktor tersebut. Orang ini tak bercadang untuk ke klinik di Temerloh. Katanya lagi "Mungkin betul-betul tak ada apa-apa". Tetapi sebelum berjumpa doktor ini dia dah membuat pemeriksaan mata dengan dua kedai cermin mata. Satu di Bera dan satu di Kuala Lumpur. Kedua-duanya mencadangkan pergi berjumpa pakar mata swasta di KL. Kos rawatan adalah antara RM1,000 hingga RM1,200 bagi sebelah mata. (Nak baca cerita tampal gigi di klinik swasta dan berapa bayarannya klik DISINI)
Saya cadangkan beliau mencuba ubat Permata Hijrah. Ada di jual di Pekan Sehari Bera pada setiap hari Ahad. Beliau berminat dengan cadangan tersebut dan saya membawa haluan ke Restoran Ar-Robah Kerayong. Restoran yang dibuka 24 jam. Kalau nak pergi, carilah Big 10 dan jumpalah Ar-Robah.
Sekian.
31.7.2009
(Anggaplah cerita ini sebagai rekaan sahaja walaupun ianya mungkin benar-benar terjadi kepada orang Bera. Jika sesiapa ada cerita yang mahu di kongsi bersama bolehlah hubungi kami. Kita anggap cerita-cerita ini adalah cerita dongeng semata-mata. Untuk tujuan hiburan dan peringatan. Supaya siapa yang terkena tidak tersinggung dan boleh memperbaikinya secara senyap-senyap)