Friday

Kemana orang tua Melayu mahu menompang?

Masyarakat cina di Bera telah lama mempunyai sebuah rumah perlindungan untuk warga tua mereka yang:
Tiada waris
Tiada harta
Tiada runah
Tiada penjaga
Tiada kasih sayang

Tanggung jawab ini telah dipikul oleh seorang wanita cina yang masih muda. Wanita ini telah menempoh zaman kanak-kanak yang menyedihkan. Usaha wanita ini bermula dengan tiga orang rakan wanitanya. Bermua di sebuah rumah sewa di bandar Triang.

Usaha ini akhirnya berkembang kepada satu bangunan yang lebih besar. Seterusnya mendapat sokongan Pegawai Daerah Bera, Datuk Mustafa dan isteru beliau Datin Asmah. Akhir sekali mendapat perhatian Tengku Azizah Maimunah yang menyumbangkan sebuah van juara.

Usaha wanita peniaga kedai cermin mata dan kedai barangan letrik ini mendapat sokongan kewangan dari Kuala Lumpur dan singapura.

Bagi menjadikan tanggungjawab ini lebih adil beliau turut mengambil kaum Melayu sebagai penghuni.

Sehingga kini, setelah lebih kurang 10 tahun beroprtasi. Masyarakat Melayu di bera masih mengharapkan rumah orang tua yang diusahasn oleh kaum cina bagi menempatkan warga emas Melayu yang tidak bernasib baik.

Telah ada usaha-usaha dijalankan oleh individu tertentu bagi menempatkan mereka ini dibawah kelolaan orang Islam. Suoaya lebih terjamin halal haramnya makan minum mereka. Yerjamin ibadat mereka di hari tua.

Tugas ini mungkin boleh dianggap sebagai fardu kifayah. Seseorang perlu lakukan supaya masyarakat tidak menerima kesannya.

Sehinggs kini usaha ini tidsk mendapat halangan tetapi tidak juga mendapat sokongan. Pihak atasan tunggu sokongan pihak bawahan. Pihak bawahan tunggu arahan pihak atasan.

Mungkin ramai masih tidak faham 'fardu kifayah sosial' ini. Apakah kesannya kepada diri setiap anggota masyarakat yang melepaskan tugas ini.

Kepada mereka yang ada hati nak membantu boleh hubungi kami.