Baru-baru ini aku dimaklumkan bagi kali yang ke sekian kalinya pasal pengurusan Masjid Daerah Bera.
Inilah ayat yang aku terima:
"Hari ini (15/10/2012 bersamaan hari Isnin) waktu kami Solat Asar di Masjid Darul Fikri (Masjid Daerah Bera) ... tiada seorang pun pegawai masjid dan jawatan kuasa masjid yang bertugas. Makanya Solat Asar terpaksa diimamkan oleh kami orang dari luar yang singgah untuk tompang berjemaah. Renungkan sejenak, apa yang akan melanda orang Bera."
Perkara ini bukanlah yang pertama kali terjadi. Bukan setakat waktu Asar, kadang-kadang melibatkan semua waktu. Aku pernah dengar cerita ini telah berlaku semenjak zaman YB Haji Hamzah jadi Adun Guai. Pernah diceritakan bahawa YB Guai ini singgah untuk sembahyang Maghrib. Makanya tiada petugas masjid, maka Solat Maghrib telah dimamkan oleh orang luar Bera yang datang singgah. Lepas tu YB Guai ni sekali lagi pergi untuk berjemaah solat Isyak di Masjid Daerah Bera ini. Juga tiada petugas masjid makanya diimamkan oleh YB Guai ini. Kejadian ini berlaku pada tahun 2004 ketika YB Hj Hamzah menang Pilihanraya 2004 (PRU 11).Sekarang YB ni dan tak jadi YB.
Rupanya hingga tahun 2012 peristiwa ini masih berlaku.
Aku tak bermasjidkan masjid ini.. Aku ni hanya tolong tulis aja apa yang orang kata. Pasal blog LaMan KeraYong ni telah diserahkan pada aku. Kalau perkara ni tak betul eloklah. Kalau betul eloklah dibetulkan. Kita kena ada orang yang berani menegur perkara yang tak betul. Menegur ni pun dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Esa. Sampai takat ni aku berani tegur. Lebihnya serah pada oran lain nak lanjutkan.
Harap-harap yang sepatutnya bertugas dan bertanggungjawab sempat sedar sebelum melarat. kalau tak sedar juga, biarkan ajalahll sampai dai sedar sendiri.
LINKS
1. nuarkolpeh.blogspot.com (masjid-bera.html)
2. utusan.com.my (Masjid-disaran-tubuh-koperasi)
3. mstar.com.my (Angkasa Sasar Lebih 6,000 Koperasi Masjid Dalam Tempoh Tiga Tahun )
4. almankaraqi.blogspot.com (kuliah-bulanan-ustaz-bakhtiar-di-masjid)
5. foursquare.com (masjid-daerah-bera)