Thursday

Beraya tanpa air di Felda

Ada yang sedih sangat pasal tak ada air telah dijadikal alasan oleh adik-beradik dan anak-anak untuk tidak balik.. Dahulu semua sentiasa datang melawat. Ada yang datang bermalam berhari-hari. Kini langsung tak nak balik. Anak-anak mereka semuanya tak seronok. Alasannya tak ada air dan tak ada internet.

Sedih sangat rasanya.

Ada pula yang sedih sangat kerana anak-anak dan adik-beradik hanya datanh sekejap sahaja. Awal-awal pagi raya semua mereka dah bergerak balik. Dahulu mereka boleh bermalam berhari-hari. Kini hanya boleh semalm sahaja. Kan elok duit RM15 ribu tu digunakan untuk membaiki paip air.

Hari raya tahun ini terpaksa berdepan dengan tak ada air, ada kematian, ada pula yang bersalin awal dan ada yang kemalangan.

Harap-harap masalah tak ada air tak berlarutan sampai raya haji pula atau sampai raya puasa tahun depan.