Sunday

Punca gejala sosial

Gejala sosial adalah topik yang suka dibicarakan dimana-mana tempat TETAPI sukar diselesaikan disemua tempat.

Mungkin selama ini kita sibuk mencari pokok kepada gejala sosil ini. Akhirnya kita terlupa bahawa pokok kepada gejala sosial ini terus tumbuh kerana akarnya.

Kita sibuk mencantas dahan- dahan gejala sosial ini. Dahan yang dicantas tersebut dibiarkan gugur ketanah. Akhirnya menjadi baja kepada akar pokok gejala sosial maka pokoknya akan terus subur.

Kalau betul akar yang perlu dihapuskan, bagaimana kita nak hapuskan akar gejala sosial ini? Macam mana kita nak kenal akarnya. Bimbang kita dirabunkan oleh yahudi, majusi dan nasrani supaya menghapuskan akar tauhid.

Akhirnya usaha menentang gejala sosial dipesongkan kepada menentang usaha menanam tauhid.

Mungkinkah akar gejala sosial adalah apa yang kita makan dan apa yang kita buat. Kita bermaksud apa yang keturunan kita telah makan dan buat.
Adakah melibatkan:
- harta anak yatim, yang tidak dipulangkan.
- harta wakaf, yang dijadikan milik keluarga.
- harta pusaka, yang tidak diagihkan ikut hukum.
- harta amanah, yang tidak ditunaikan