Wednesday

Apa orang Bera kata

Dah lama tak kemaskini Blog Laman Kerayong. Asalnya memang nak maklumkan pelbagai aktiviti tentang daerah Bera kepada orang Bera yang berada di luar Bera. Maksud 'memaklumkan pelbagai aktiviti' ini bukan maksud menceritakan siapa hebat siapa habat. Bukan nak ungkit keturunan siapa baik dan siapa buruk. Tak ada niat nak sakit hati sesiapa. Apa bahan yang kebetulan ada yang itulah dilapor.

Memang ada yang bertanya kenapa tak teruskan melaporkan cerita-cerita di Bera. Malas nak jawab yang sebenar, malas nak kata-kata orang (kalau orang nak umpat keju saya biarlah, itu kehendak tuhan dia). Hari ini say nak dedahkan kenapa saya tidak berminat lagi dengan Blog Laman Kerayong. Kenapa tak berminat lagi dengan tugas melapor cerita-cerita di Bera. Inilah ayat puncanya:
----------------1

DOK NIZAM KALA AOK MINAT SGT DGN ORG ASLI NI AOK NIKOH JE LAH DGN DIAORG.. PASTE AOK BOLEH DUDUK KAT BONGKOK,BEST TU WEH!HAHAHHAHA ON WAJAH2 SEMELAI KG BONGKOK (A4)-mazru(9m2mzr)
----------------2
HAHAHAHA... WEI NIZAM KOI TAK NAMPOK PUN BATANG IDUNG AOK KAT MESJID KERAYONG LAMA BUAT SEMAYANG TERWEH DLM BULAN POSE NI?? AOK NI BOROK JE NIZAM,XYAH LA.. ON BERBUKA PUASA-mazru(9m2mzr)
----------------3
HAHAHAHA... WEI NIZAM KOI TAK NAMPOK PUN BATANG IDUNG AOK KAT MESJID KERAYONG LAMA BUAT SEMAYANG TERWEH DLM BULAN POSE NI?? AOK NI BOROK JE NIZAM,XYAH LA.. ON BERBUKA PUASA-mazru(9m2mzr)
----------------4
SALAM KEMBALI, KALA TOK MENTERI TOK SEMPAT TERAWIH, KOI CADANGKAN KITA JEMA'OH SOLAT TASBIH SALAH SATU MALAM GANJIL. BIOR MENTERI JADI TOK IMAM. KAWAN SANGGUP MENGUMPOLKAN ORANG BERJEMA'OH. TOK MENASABAH SIBOK SANGAT, HALER KE LAIN BOLEH PULOK. TAHUN LEPAS, TOK MAIL DENGAN NOROL BOLEH REDOH PAYA BERSALAM DENGAN KELUARGA KOI. INI KE PULOK AJOK KE MASJID MENGKARAK, TOK LAR SESUSOH MANER. TERIMA KASIH. ON BERBUKA PUASA-al-mankaraqi
----------------

Inilah yang disimpan dalam hati selama bertahun-tahun. Lega rasanya dapat lepaskan semua ni dan saya tak perlu simpan apa-apa rasa terkilan lagi dalam hati.

Sesungguh mereka yang menulis ini adalah dari keturunan dan darjat yang amat baik dan sangat tinggi disisi tuhan mereka. Semoga mereka dapat apa yang mereka cari.

Bagi saya segalanya saya serahkan kepada tuhan saya Allah SWT Yang Maha Esa.

(dengan ini Blog Laman Kerayong diserahkan kepada orang lain)

Mohon maaf jika tersalah lapor dan tersalah tulis selama ini. Sekian, terima kasih.