SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H
100 peratus mat rempit adalah orang Melayu. Kita berdoa supaya mat rempit ini ditunjukkan jalan yang lurus supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka (mat rempit) pula berdoa supaya ditunjukkan jalan yang paling lurus untuk mereka berlumba. Siapa yang paling cepat sampai ke pangkal jalan, akan menjadi mat rempit yang paling cekap dan cemerlang dalam ilmu merempit.
Jangan kata gejala sosoal tiada kaitan dengan kita dan keluarga kita. Lepak, buli, rempit, rokok, dadah, dedah, curi, bunih dan macam-macam lagi dan menghantui masyarakat kita. Mana kita nak lari. Manakan tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
Kita kata pada anak-anak kita tiga perkara. Pertama, belajar untuk rasa cinta pada Nabi. Kedua, Belajar untuk cinta kepada keluarga Nabi. Ketiga, selalu membaca Al-Quran. Kalau mereka tak mahu dengar kita ulang dan ulang. Kita jangan kata "Lu pikir lah sendiri". Mereka mana reti pikir benda lain selain nak cari jalan yang paling lurus untuk berlumba.
Apa yang kita tanam dalam diri kita dan anak-anak kita, itulah yang akan kita kutip hasilnya. Mana boleh kita tanam ubi kayu dan harapkan padi yang tumbuh. Nabi gelisah tidak boleh tidur kerana belum bersedekah. Kita tak boleh tidur kerana esok ada orang datang nak mintak sedekah. Orang lain hulurkan duit dalam tabung derma masjid. Kita senyuk aka bila lalu dekat tabung masjid kerana senyuman adalah sedekah.
Bila mak bapak bercerai anak memberontak, anak kosong jiwa dan anak jadi keciwa. Dimana silapnya? Ada negeri yang mencatatkan kes percerian tertinggi dikalangan orang-orang tua. Makin tua makin muda bercerai. Apa silapnya? Antara silapnya adalah doa semasa kenduri kahwin. Kalau masa kenduri 1,000 orang yang datang mendoakan supaya "Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu". Lepas dapat cucu dah tak bahagia lagi, maka bercerai.
.
1990(661), 1991 (600), 1992(552), 1993(546), 1995(689), 1996(763), 1997(1,062), 1998(1,221), 1999(1,118), 2000(1,016), 2001(1,042), 2002(894), 2003(917), 2004(616), 2005(1,505), 2006(1,541) dan 2007(1,502).
.
Semasa mula-mula kawin semuanya manis. Bila dan lama kawin hilang semua yang manis-manis. Tinggallah kencing manis sahaja.
Kalau nak pilih pasangan untuk berkahwin kena pilih betul-betul. Pilih suami atau isteri bukan macam pilih kain baju. Suka pakai tak suka buang, beli yang lain atau beri kat orang lain. Pilih pasangan yang mempunyai akhlak dan jaminan masa depan. Tetapi kalau dah jodoh dah tak boleh buat apa-apa selain berdoa. Berdoa lah selalu. Ditakdir dapat suami panas baran dan suka pulul isteri. Isteri kenalah selalu berdoa. Minta Allah lembutkan hati suami. Jangan mintak lembutkan suami, daripada suami baran dapat pula suami lemah lembut macam perempuan.
Orang yang sembahyang belum tentu baik. Orang yang baik tentu akan sembahyang. Orang yang pergi ke masjid belum tentu baik semuannya. Orang yang baik akan selalu pergi ke masjid.
Kalau kita tak mampu nak amalkan semua tuntutan Islam, jangan tinggalkan semua.