Monday

Tukar Wajah 19.10.09

Inilah wajah baru Laman Kerayong yang bermula pada 19 Oktober 2009. Hari ini juga ada jamuan Hari Raya yang terakhir di bulan Syawal. Ada sesuatu yang sepatutnya dipelajari sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak melaporkan tentang Daerah Bera. Salah silap harap maaf berjuta-juta ampun.

SJKC Triang No.1 - (07) Lancar Roket 3

Gambar ini dirakam selepas acara melancarkan roket terpaksa ditamatkan. terpaksa ditamatkan kerana ada roket-roket yang di buat dengan tidak sempurna. Pembinaan yang tidak sempurna ini akan menyebabkan roket tidak naik lurus. Seterusnya roket akan mendarat di kawasan yang tidak dijangkan. keadaan ini amat merbahaya kerana orang yang berada dikawasan kawasan yang tidak dijangkakan ini tidak menyedari sesuatu akan jatuh dari atas. Terdapat roket yang terjatuh atas bumbung. Ada yang hampir mengenai kanak dan orang tua. Pihak penganjur akhirnya memutuskan untuk memindahkan acara melancarkan roket ini di padang awam yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan Triang.
05
Inilah rupa alat melancarkan roket secara lebih dekat.
04
tak susah membuatnya bagi orang yang benar-benar berminat.
03
Tak susah memikirkannya bagi mereka yang suka berfikir tentang benda-benda yang rumit. Tak sesuai untuk mereka yang hanya fikirkan makan, minum, tidur, main, makan, minum, tidur, jalan-jalan, makan, minum, cakap-cakap kosong, makan, ...
02
Kena pam dahulu.
01
Bersedia untuk dilancarkan.

Kalau ada masa datang-datang la ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Kalau ada minat membaca.

Friday

SJKC Triang No.1 - (06) Lancar Roket 2

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009 (Ahad) ketika kumpulan GBBM (Gerakan Belia Bersatu Malaysia) sedang bersiap hendak melancarkan roket mereka.
05
04
03
02
01

Tuesday

SJKC Triang No.1 - (05) Lancar Roket 1

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009 (Ahad) ketika peserta bersiap untuk cuba melancarkan roket yang pertama. Kumpulan peserta ini amat gembira untuk melihat hasil kreativiti mereka. Adakah roket mereka akan jatuh dalam bulatan pelancaran atau akan tersasar jauh.
05
Senyum melebar, kerana yakin roket mereka akan berjaya dilancarkan keudara.
04
Roket telah bersedia untuk dilancarkan.
03
Masih sempat lagi bergambar.
02
Masih ada lagi yang mahu tangkap gambar.
01
Peserta pertama yang akan melancarkan roket air yang telah dibina bersama rakan sepasukan.

Saturday

SJKC Triang No.1 - (04) Buat Roket

Gambar ini dirakamkam pada 19.7.2009 (Ahad) ketika peserta sedang belajar membuat roket air. Penerangan diberikan secara bercampur-campur anatara bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Pengajar sungguh bersemangat dan seronok untuk mencurahkan ilmu kepada peserta. Peserta pula amat teruja untuk menghasilkan roket yang dapat naik tinggi dan lurus.
01
Untuk menghasilkan roket ini, memerlukan dua botol air. Mungkin lebih baik digunakan botol air '100 Plus'. Untuk menghasilkan sebuat roket, diperlukan dua botol air.
02
Kulit pembalut botol air digunakan bagi menyumbat bahagian atas.
03
Kedua botol air dicantumkan menjadi satu. Cantuman perludilakukan dengan betul dan seimbang. Jika tidak, roket tidak akan naik lurus ke udara. Atau jika tidak bernasib baik, ia jatuh jauh daripata tempat dilancarkan.
04. Penceramah sedeng menerangkan prinsip asas pembinaan roket air.
Setelah siap, botol tersebut diisikan dengan air paip.
05 Encik Rajanderan (Alam Flora) bersama rakan-rakan sebelum bengkel membuat roket air dimulakan.

Thursday

SJKC Triang No.1 - (03) Bomba

Gambar ini dirakamkam kan pada 19.7.2009 (Ahad). Turut dijemput untuk memeriahkan hari ini adalah Bomba dan Penyelamat Triang serta Bomba Sukarela kemayan. Pada masa ini masih belum ada Bomba dan Penyelamat Bera.
01
Pasukan Bomba Sukerela Kemayan bergambar dihadapan kenderaan Bomba Sukerela Kemayan. Bersama mereka adalah ahli kelab GBBM (Gerakan Belia Bersatu Malaysia) (http://www.gbbm.org.my/ -laman mereka dalam bahasa Cina sahaja. Tetapi alamat ibupejabat mereka dalam Bahasa Melayu)
02
Kenderaan Bomba Sukerela Kemayan.
03
Logo Bomba Sukerala Malaysia pada kenderaan Bomba Sukarela Kemayan.
04
Kenderaan Bomba Sukarela Kemayan.
05
Mungkin bercita-cita nak jagi Pegawai bomba.
06
Salah seorang pengunjung melihat keunikan kenderaan Bomba dan Penyelamat Triang.
07
Canon S5is

Monday

SJKC Triang No.1 - (02) Mewarna

Selepas merakamkan aksi senaman orang-orang tua, saya beralik kepada aktiviti mewarna. Tempat pendaftaran dijalankan dibawah pokok. Sungguh cantik dan nyaman tempat ini. Pertandingan pula diadakan di dalam kelas dan di dalam dewan. Pertandingan dalam dewan khas untuk kanak-kanak tadika.

01
Pada tahun lepas, apabila siap menyerahkan kertas mewarna, kanak terus diberikan hadian cenderamata. Tahun ini tak ada. Tetapi itu tak jadi hal. Bagi mereka yang penting adalah menyertai bukan hadiah. Kalau nak hadiah mak ayah mereka boleh belikan hadiah yang lebih mahal. Kadang-kadang warna yang mereka bawa adalah lebih mahal daripada hadiah no 1.
02
Kalau dibandingkan pertandingan mewarna tadika ... sedikit berbeza. Semasa pertandingan mewarna yang disertai oleh tadika ..., kadang-kadang mak,ayah dan cikgu yang sibuk nakkan anak mereka menang dan nakkan hadiah yang besar-besar. Kalau anak mereka tak menang mulalah pertikaikan penganjur. Kalau hadiahnya kecil kata mereka "Saya boleh belikan kalau macam ini".
03
Semasa pertandingan pula kadang-kadang cikgu akan pastikan semua duduk dekat kelompok tadika masing-masing. Kalau duduk berjauhan ada yang menangis.
04
Pendaftaran peserta diuruskan oleh pelajar sekolah menengah. Orang dewasa tiada di tempat pendaftaran. Mereka percayakan golongan muda untuk uruskan perkara sebegini.

Di sesetengah tempat, pendaftarannya diuruskan oleh orang dewasa. mereka tiada golongan pelajar menengah untuk dilatih menguruskan perkara-perkara semudah ini.
05

Friday

SJKC Triang No.1 - (01) Senaman

Pada 19 Julai 2008 (Ahad) menghadirkan diri di SJKC Triang No.1. Pada mulanya disangka ada pertandingan mewarna sahaja seperti tahun-tahun lepas. Rupanya ada banyak aktiviti yang dijalankan. Untuk tahu lebih lanjut aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Triang ikutilah siri SJKC Triang No.1 ini.

Sebaik sahaja sampai saya tertumpu pada kumpulan yang sedang melakukan senaman. Saya tersu bersiap untuk merakamkan aksi dan emosi peserta senaman ini. Baru tiga keping dapat dirakamkan aktiviti pun habis.
01
Angkat kaki.
02
Angkat lagi sekali kaki.
03
Bengkokkan lutut.

Tuesday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B6)

Sekian tamatlah koleksi foto Wajah-wajah Asli Semelai Kg. Bongkik yang dirakamkan pada 16.7.2009 Sesi fotografi ini menggunakan kamera Canon 20D dengan menggunakan lens Tamron 90mm F2.8 dan tidak membawa lens lain. Serta tidak menggunakan flash.
05
04
03
02
01

Sunday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B5)

Koleksi foto B5 ini telah dirakamkan pada 16.7.2009.
05
04
03
02
01