Monday

Jelajah Cergas Kg Batu Papan (9.8.09)

Gambar ini dirakamkan di Kg Batu Papan (Daerah Bera, Negeri Pahang, Malaysia). Banyak jabatan yang terlibat disini dalam usaha membina macam-macam budaya seperti budaya sihat dan cergas, budaya selamat dan aman, budaya anti dadah, budaya bertani, budaya niaga, budaya mengundi, buadaya memimpin dan mentadbir. Sayangnya tiada budaya membaca.

Itulah cabaran yang perlu dihadapi. Nak cergas, nak selamat, nak bertani, nak berniaga dan macam-macam nak tetapi tak minat nak menambah ilmu dengan membaca buku-buku ilmiah.

Kalau di buat soal selidik rambang, 'buku apakah yang dibaca sebelum ini?. Jawapannya mungkin tak ingat atau novel atau komik. Kalau disoal pula 'buku apakah yang dibaca tahun ini?' mungkin dengan mudah ingat satu atau dua buah buku, yang banyaknya adalah majalah dan akhbar. Tapi tak ingat tajuk dan nama pengarang buku. Apatah lagi nama penerbit buku yang dibaca.

Jangan ada yang kecil hati dan mula mengamuk dan menyerang peribadi saya dan keluara saya pula bila ditulis begini. Tulisan dan renungan disini hanyalah untuk anak-anak, keluarga dan kawan-kawan rapat saya sahaja. Mungkin pada masa hadapan saya akan nampak perubahan pada anak-anak, keluarga dan kawan-kawan rapat saya, tidak langsung saya kaitkan dengan penduduk bera atau kerayong atau batu papan. Anda semua adalah orang bera dan orang hebat.
16
15
14
13
12
11
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

Saturday

Thursday

Tuesday

Sunday

Friday

Wednesday

Alang Ludin Kg Seri Buntar

Gambar Encik Alang Ludin ini dirakamkan pada 23.8.2009 ketika terlihat beliau keseorangan di hentian bas hadapan Taman Peruman Kg. Seri Buntar. Encik Alang pernah ditangkap oleh Jepun untuk di hantar ke untuk dijadikan buruh landasan keretapi maut. Encik Alang hanya sempat di kurung di Tumpat. Ketika ditahan di Tumpat, beliau diberitahu Jepun telah menyerah kalah. Dengan bantuan seseorang, kumpulan mereka telah dapat menyusup keluar dari tempat tahanan melalui pintu belakang.

Bimbang jula, kalau tak lari tak tau apa yang akan dilakukan oleh Jepun sebelum mereka menyerah diri sepenuhnya. Bimbang juga dipindahkan ke tempat yang lebih teruk atau dibunuh semuanya kerana bimbang membocorkan apa-apa rahsia.
03
Kumpulan mereka lebih telah berjalan kakai untuk balik ke kampung masing-masing. Mereka berhati-hati melarikan diri berpandukan landasan keratapi. Jika terlalu hampir dengan landasan keretaapi, bimbang dapat ditemui oleh jepun yang sedang mencari mereka. Jika terlalu jauh dari landasan keretapi bimbang terserempak dengan pengganas komunis yang sedang bermaharajalela dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dikatakan memberikan apa saja kerjasama kepada jepun penjajah.
02
Dalam perlarian tersebut, mereka makan apa-apa sahaja. Kalau jumpa rumah orang kampung, mereka meminta belas ehsan tuan rumah memberima mereka makan apa-sahaja. Sampai di satu tempat di antara daerah Lipis dengan Jerantut mereka telah diberikan nasi oleh tuan rumah. Lama sungguh tak jumpa nasi. Setelah sampai di Temerloh Encik Alang meneruskan perjalanan seorang diri balik ke Triang.
01
Beliau seterusnya berkhidmat dengan pasukan Home Guard. Pernah bertugas di balai Polis Mengkarak. Pernah terlibat dalam mempertahankan balai polis Mengkarak daripada serangan pengganas komunis. Turut sama dalam peristiwa tersebut adalah JP Mohd Noor (jpmohdnoor.blogspot.com) dan Imam Khatib Sudin. Ringkasan cerita beliau telah dituliskan dalam jpmohdnoo.blogspot.com.

Seterusnya Encik Alang berkhidmat sebagai jaga May Bank Triang dan bilal Masjid Triang. Kini meneruskan hidup dengan wang yang diterima melalui Felcra. Dalam usia 80 tahun dengan kaki yang masih ada kesan ditembak, tak banyak perkara yang mampu dilakukan oleh Encik Alang. Anak-anak selalu menjenguk walaupun telah ada kehidupan masing-masing. Bila bercerita pasa makan, hanya lauk ikan tenggiri sahaja yang dapat membuka selera makan.

Senator Muhammad Olian bin Abdullah

Tahniah kepada Encik Muhammad Olian bin Abdullah kerana telah angkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara pada 9hb. Disember, 2009. Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah anggota seumur hidup Umno Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang, Malaysia. Sebelum ini Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah pengurus Risda Plantation Sdn Bhd Cawangan Temerloh semenjak Februari 2008.

Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah senator yang kedua daripada suku kaum Semelai. Hassan bin Nam yang berasal dari RPS Pos Iskandar adalah Senator Dewan Negara yang pertama daripada suku kaum Semelai.

Rujukan:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461053

03
02
01

Antara perkara yang perlu diperjuangkan adalah:
1. Soal Hak Orang Asli Ke Atas Tanah
2. Soal Permasalahan Pendidikan Orang Asli
3. Persoalan Ekonomi Masyarakat Orang Asli

Rujukan: http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11515653648978&artID=11468985432746

Monday

Merdeka 2009 Daerah Bera (13) Tamat

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.
1761
1759
1758
1761
1737

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://lamankerayong.blogspot.com/

Saturday

Merdeka 2009 Daerah Bera (12) Bergambar

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.

Sebelum balik, beberapa pasukan telah ambik kesempatan untuk bergambar kenangan.
1803
Pasukan Wanita Umno Banagian Bera.
1799
1794
Pasukan Kakitangan Felda Zon Bera.
1791
Pasukan Umno Bahagian Bera bersama YB Kemayan dan Pegawai Daerah Bera.

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/
.