Friday

Bandar Hilir Melaka (06)

6 Mei 2009 (Rabu)
Seterusnya marilah kita bersama-sama En Safudin dan En Musa melihat-lihat sekitar Bandar Hilir Melaka. Disebabkan ini adalah hari bekerja dan bersekolah, maka keadaan di Bandar Hilir Melaka kurang sibuk. Namun begitu disebabkan kesuntukan masa, tidak banyak tempat dapat dilawati.
10 Tapak kaki.
09 Lampu.
08 Surau.
07 Beca.
06 Beca lagi.
05 Awan.
04 Dataran Pahlawan.
03 Tiang lampu.
02 Dataran Pahlawan.
01 Mari ikut saya.

Restoran Melaka Raya (05)

6 Mei 2009 (Rabu)
Sebaik sahaja sampai di Bandar Hilir En Safudin Zakaria telah menuju ke sebuah restoren menjual roti canai. Menurut sumber maklumat kami, roti canai yang sedap adalah di Restoran Melaka Raya 24 Jam. Ternyata roti canainya sedap sehingga mampu makah sebanyak dua keping. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Restoran Melaka Raya 24 Jam anda boleh hubungi En. Safudin di Pejabat Veterinar Daerah Bera. En Safudin berpengalaman memakan roti canai selama 47 tahun.
05

Pejabat Mara dan Veterinar Daerah Bera: Institut Teknologi Unggas Melaka (04)

KURSUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAKAL PENGUSAHA TERNAKAN PUYUH DAERAH BERA
Anjuran: Mara dan Veterinar Daerah Bera
Tarikh: 5 & 6 Mei 2009
Tempat: Institut Teknologi Unggas, Melaka
Semua peserta telah tinggal di asrama Institut Teknologi Unggas di Km34 Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka. Tempat tinggal kami memang selesa. Setiap bilik ditempatkan 3 orang peserta. Bilik air ada dalam bilik masing-masing. Malah setiap bilik mempunyai acond. tidak lupa nak dikatakan bahawa makanan yang dihidangkan sungguh sedap, amat menyelerakan dan sesuai dengan selera Orang Pahang.

12
11
10
09
08
07
06

Pejabat Mara dan Veterinar Daerah Bera: Pusat Ternakan (03)

KURSUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAKAL PENGUSAHA TERNAKAN PUYUH DAERAH BERA
Anjuran: Mara dan Veterinar Daerah Bera
Tarikh: 5 & 6 Mei 2009
Tempat: Institut Teknologi Unggas, Melaka
Seterusnya En Noor Azmat telah membawa bakal penternak puyuh Daerah Bera ke Pusat Penternakan Puyuh Pedaging di Kundur Negeri Sembilan. Tempat ini tidak jauh dengan Pusat Penetasan Telur Puyuh. Untuk sampai ke ke tempat Penternakan Puyuh Pedaging ini, peserta perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer.
05 Penolong Pegawai Daerah Bera telah menyampaikan cenderamata kepada pengusaha Pusat Penternakan Puyuh Pedaging (Ayam Mega Sdn. Bhd.)
04 Menunggu.
03 Berihat.
02 Makan.
01 Minum.

Pejabat Mara dan Veterinar Daerah Bera: Pusat Tetasan (02)

KURSUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAKAL PENGUSAHA TERNAKAN PUYUH DAERAH BERA
Anjuran: Mara dan Veterinar Daerah Bera
Tarikh: 5 & 6 Mei 2009
Tempat: Institut Teknologi Unggas, Melaka
Pada 5 Mei 2009 jam 2.30 ptg En. Noor Azman telah membawa peserta melawat ke Projek Penetasan Puyuh di Kundur Negeri Sembilan.
10 Penolong Pegawai Daerah Bera menyampaikan cenderamata kepada anak pengusaha Pusat Penetasan Telur Puyuh.
09 En. Noor Azman sedang menerangkan bagaimana fungsi alat membalikkan telur supaya anak puyuh tidak melekat pada kulit cengkerang telur.
08
07
06
05
04 Acond tidak boleh digunakan kerana akan menyebabkan telor menjadi kering. Telur disejukkan menggunakan kipas. Telur yang disejukkan dapat melambatkan pertumbuhan emberio supaya pembesaran anak puyuh menjadi sama.
03 Sedang mendengar ucapan aluan oleh En. Noor Azman sebelum memasuki pusat penetasan telur puyuh.
02 Peserta lelaki setia menanti.
01 Peserta wanita sabar menunggu.

Pejabat Mara dan Veterinar Daerah Bera: Pergi dan Balik (01)

KURSUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAKAL PENGUSAHA TERNAKAN PUYUH DAERAH BERA
Pejabat Mara Daerah Bera dan Pejabat Veterinar Daerah Bera telah berjaya memberikan pendedahan yang berguna kepada bakal penternak puyuh. Bakal pengusaha ternakan puyuh ini telah dibawa melawat pusat ternakan dan tetasan puyuh di Negeri Sembilan. Setelah dibawa melawat, bakal pengusaha telah diberikan penerangan tentang ilmu-ilmu yang perlu ada.

Untuk melihat aturcara lawatan sila klik DISINI.

Ini adalah gambar semasa perjalanan balik. Bas rombongan telah singgah di Senawang Negeri Sembilan.
09

08

07
Ini pula adalah gambar semasa perjalanan pergi. Bas telah singgah di Masjid Simpang Ampat Alor Gajah Melaka. Nak cerita sedikit pasal masjid ini. Sebelum tahun 1900 penduduk Simpang Ampat telah menggunakan Masjid Tabuh Naning. 28 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1928 barulah di bina Masjid Simpang Ampat ini. Pada masa itu masjid ini dibina menggunakan papan dan zink sahaja. Pada tahun 1982 Masjid Simpang Ampat ini telah di naik taraf kepada simen dan batu-bata. Pada tahun 1992 maasjid ini telah diberi nama Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat. Pada tahun 2008 masjid ini telah dinaik taraf kepada msjid bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning. Akhir sekali pada tahun 2009 Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat ini telah dibaikpulih oleh Perbadanan Muzium Melaka.

06
Mungkinkan ada masjid-masjid di Daerah Bera yang sepatutnya mendapat perhatian Perbadanan Muzium Negeri Pahang?
05
04
Inilah tempat hentian kami yang pertama semasa perjalanan pergi. Tempat makan di Air Hitam telah menjadi pilihan. Tiada rungutan tentang harga makanan disini. Mungkin pengusaha tempat makan ini perlu memastikan pelanggan mendapat air minuman sebelum makanan habis dimakan.
03
Dalam perjalan balik, sekali lagi tempat makan di Air Hitam ini menjadi pilihan.