Laman menyimpan Foto, Info dan Cerita yang berkaitan dengan Daerah Bera. TIDAK AKTIF PADA MASA INI.
Friday
Wednesday
Saturday
Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B1)
Thursday
Sekolah Baru Di Bandar Bera
Sebuah sekolah baru telah kelihatan hampir siap dibina. Sekolah baru ini berada di belakang SMK Bandar Kerayong. Pada masa sekarang, ibubapa yang ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Melayu perlu berulang alik ke SK Kerayong. Jaraknya lebih kurang 5km dari Bandar Bera. Bagi ibubapa yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah cina tiada masalah jarak. Kerana SRJK (c) Kerayong berada dalam kawasan Bandar Bera.
933
Simpang dengan lampu isyarat baru siap di bina di jalan menuju ke sekolah baru.
932
931
Dihadapan sekolah baru ini terdapat kebun getah.
930
929
928
927
926
925
Simpang dengan lampu isyarat baru siap di bina di jalan menuju ke sekolah baru.
Dihadapan sekolah baru ini terdapat kebun getah.
Tuesday
Sekitar Jalan Pintas Kerayong (03) masih rosak
Ini pula pula adalah gambar jalan pintas kerayong yang dirakamkan pada 3.9.09. Keadaan menunjukkan jalan ini semakin sesuai untuk dijadikan tempat latihan basikal BMX, basikal MTB atau motocross. Jaraknya tidak berapa panjang tetapi cukup untuk membuat 'laps' yang kecil. Sebelum memulakan sesi latihan penganjur perlu memohon kebenaran. Cuma tak pasti kepada siapa kebenaran tersebut perlu dipohon.
923
Semakin berlopak.
922
Terdapat rumah yang sedang dalam pembinaan.
919
Jika hari hukan keadaan makin teruk.
918
Jalan tar juga telah rosak.
917

Sunday
Akhirnya ruangan comments terpaksa ditutup
Blog ini bertujuan untuk menyimpan foto, info dan cerita tentang daerah Bera atau tentang orang Bera. Melaporkan aktiviti-aktiviti rasmi dan tidak rasmi di Daerah Bera. Aktiviti jabatan kerajaan, syarikat, NGO, individu atau tokoh tertentu serta penduduk kampung dan felda. Dengan harapan pada masa akan datang, bahan yang disimpan dalam blog ini akan menjadi bahan bersejarah bagi daerah kita. Boleh dijadikan bahan rujukan. Boleh dijadikan kenangan dan teladan.
Disamping itu, blog ini juga bertujuan untuk membina budaya membaca, budaya ilmu dan budaya perpaduan dikalangan masyarakat daerah Bera. Dengan membaca, ilmu dan perpaduan akan wujud suasana hormat-menghormati walaupun berlainan pegangan dan keturunan.
Sementara ruangan 'comments' dibukakan seluas-luasnya (sesiapa sahaja boleh menulis tanpa memeprkenalkan diri) untuk melibatkan penyertaan masyarakat dalam pengumpulan foto, info dan cerita tentang daerah kita. Seterusnya menyediakan himpunan links bagi blog-blog yang berkaitan dengan daerah Bera.
Blog ini yang bemula pada bulan Oktober 2000, akhirnya terpaksa membuat perubahan besar berkaitan pengelibatan masyarakat. Pada 13 September 2009 blog ini akhirnya terpaksa menutup ruangan 'comments'.
Ruangan 'comments' ini terpaksa ditutup kerana sebab-sebab yang saya harap pembaca tetap Laman Kerayong tau. Kalau tak tau biarlah tak tau. Satu masa nanti mungkin saya akan ceritakan. Kalau tak disini, ditempat lain.
Adalah amat diharapkan:
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana 'comments' telah ditutup.
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana kita masih dalam bulan Ramadan.
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah dari "keluarga orang yang amat baik-baik" dan "berstatus amat mulia" dikalangan masyarakat Bera.
-Mereka akan berhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah Hamba Allah yang "bertaraf amat tinggi" disisi Allah SWT.
-Sedangkan saya adalah manusia yang bertaraf amat rendah disisi Allah SWT, amat hina disisi Allah SWT, dan amat kerdil disisi Allah SWT. Serta juga "amat rendah" di mata orang-orang seperti mereka dan layak menerima penghinaan sedemikian daripada mereka.
-Semoga Allah SWT "mengangkat" martabat mereka dan keluarga mereka "setinggi-tingginya".
Saya juga mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesungguh saya bukanlah orang yang sempurna. Sesungguhnya kita semua bukanlah orang yang sempurna. Kita boleh mempengaruhi satu orang supaya mendengar dan mengikut perintah kita sampai bila-bila. Tetapi kita tak mampu nak pengaruhi semua orang supaya mendengar kata-kata kita untuk selama-lamanya. Sesungguhnya lagi tidak guna kita berbantah-bantah (berhujah/berbahas) walaupun pada perkara yang benar. Kerana masing-masing akan menegakkan kebenaran masing-masing.
Akhir sekali semoga Ramadan ini adalah Ramadan Yang Menginsyafkan buat kita semua yang berasal, bertugas, berniaga, belajar, berjalan-jalan atau berumah di Daerah Bera.

(ingin saya berdoa supaya ALLAH SWT terbalikkan semuanya) 7.12.2009

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
Saya bukanlah orang yang terbaik atau paling layak untuk melaporkan kepada dunia tentang daerah kita. Cuma Blog Laman Kerayong ini adalah antara tugas rasmi saya pada masa ini.
KHAZANAH ILMU PENGGERAK MINDA

Kg Asli Bongkok - Rapek Bt Safar
Ketika majlis hendak bermula, saya nampak seorang nenek tua yang berjalan menuju ke kawasan khemah tetapi tidak tahu hendak duduk di kerusi mana. Tiada orang yang mempersilakan nenek ini untuk duduk. Apabila nenek ini memandang saya, terus saya mengajak duduk di kerusi bersebelahan saya. Dengan gembiranya nenek tersebut datang dan terus duduk.

Soalan pertama saya adalah "Umur dan berapa tahun?". nenek terus menjawab "Dua ratus tahun" sambil ketawa dan menepuk belakang saya. Sambil turut sama ketawa saya bertanya semula "Kenapa banyak sangat?". Kata nenek "Tak ada orang bagi tau berapa umur". Yang diingatnya adalah ketika jepun menceroboh Tanah Melayu dia sedang bertelanjang bulat.

Perbualan seterusnya.
Saya: "Sihat lagi ke"
Nenek: "Sihat la, kalau tak tak datang"
Saya: "Tak ada pergi klinik ke?"
nenek: "Ada"
Saya: :"Berapa kena bayar"
Nenek: "Ada RM13. Sekali tu nak kena bayar RM50, tak ada duit"
saya: "Sekarang ni kuat lagi ke?"
Nenek: "Kuat, dah jalan kaki tiap-tiap hari"
Saya: "Jalan sampai ke mana?"
Nenek: "Sampai ke Kerayong"
Saya: "Berapa lama baru sampai?"
Nenek: "Kalau mula pukul tujun, sampai pukul lapan"
Saya: "Ada dapat bantuan duit Kebajikan Masyarakat"
Nenek: "Katanya nak bagi bulan ni. Tapi saya ada pencen arwah suami RM180 sebulan"
Saya: Cukup ke?"
Nenek: "Cukup tak cukup ... cukupkan juga."
Saya: "Tak kawin lagi?"
Nenek: "Kawin tak kawin, serupa je?"
saya: "Ada anak?"
Nenek: "... tak ada"
Saya: "Tak ambil anak angkat?"
Nenek: "Huuh, anak sendiri pun tak nak jaga kita apa lagi anak angkat."
Saya: "Tidur sorang aja la?"
Nenek: "Ya la, bilik dua. Tak tau mana nak tidur. Tapi letrik tak ada. Pakai pelita. Dekat nak tidur padam, takut terbakar nanti"
Saya: "Nama apa?"
Nenek terus mengeluarkan buku 'Certificate Of Conversion To Islam' sambil berkata, "Tengok la sendiri"
Nam asli nenek ini adalah Rafek bt Safar. Nama Islam nenek adalah Rafeah Bt Abdullah @ Safar. Nenek Rafeah ini lahir pada 12.12.1932. Umur nenek Rafeah ni 77 tahun. Masih sihat. telah memeluk Islam pada 12hb November, 2002.

Nenek ini memakai skop kepala Superman dan selipar Mickey Mouse.

Terima Kasih Nasoruddin
Terima kasih Encik Nasoruddin kerana meletakkan links Laman Kerayong dalam Izzah Irfan Iffah: Keluarga kami di bumi Bowburn [http://irfaniffahizzah.blogspot.com/].
Semoga Mengkarak, Kerayong, Guai, Bera dan Triang akan sentiasa dihati anda sekeluarga, Encik Nasoruddin, Puan Zarina, Irfan, Iffah, dan Izzah.
Terima Kasih Dayang
Terima kasih Dayang kerana meletakkan link Laman Kerayong dalam DNAS: The Red Sandal Diaries [dayangzone.blogspot.com]. Semoga Orang Kerayong yang tau baca bahasa orang putih dapat mengikuti perkembangan Dayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)