Friday

Nenek Luyah Kg Mengkarak

Ini adalah Nenek Luyah. Saya bertemu dengen nenek ni di Perpustakaan Desa Kg Mengkarak. Walaupun dah tak nampak jelas untuk membaca tetapi seronok melihat Perpustakaan Desa Kg Mengkarak ni dah dibuka semula setelah dilanda banjir pada 10.12.2007.
05
Nenek Luyah tinggal seorang sahaja. Anak dan cucu ada datang menjengok. Kebanyakannya tingal berhampiran.
04
Masa muda-muda sikit suka pakai baju lawa sikit supaya nampak cantik sikit. Sekarang dah tua-tua ni dah tak kisahkan nak pakai baju yang cantik dan lawar. Pakaian yang ada ni dan dirasakan mencukupi. Tak ada apa yang nak dikejarkan lagi.
03
Bila ditanya tentang zaman jepun dan komunis, banyak cerita yang ditempoh dan didengar. Tetapi mungkin Nenek Luyah tak berapa seronok bercerita tentang jepun dan komunis di bulan puasa ni dan hari pun dah dekat nak raya. Ini buka kata nenek Luyah tetapi analisa saya.
02
Mungkin banyak cerita komunis yang terpahat dilantai otak dan terbenam didinding hati. Tak semua orang suka bercerita tentang kenangan yang menusuk jiwa ibarat terhiris buluh lemang yang belum dibakar. Memang ada yang tak sanggup bercerita tentang komunis yang kejam. Kalau anda nak baca temuramah yang sampai peringkat mengeluarkan air mata, klik DISINI [http://lamankerayong.blogspot.com/2009/08/chin-peng-sudah-lari.html]
01

Wednesday

Jeti Kg Asli Ibam (Bera, Pahang, Malaysia)

Gambar ini dirakamkan ketika melalui kg Batu Papan, Kg. Kuala Bera, Kg. Asli Bukit Rok, Kg Asli Ibam (Bera, Pahang, Malaysia) dan akhirnya tembus ke Simpang Kepayang.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

Monday

Jelajah Cergas Kg Batu Papan (9.8.09)

Gambar ini dirakamkan di Kg Batu Papan (Daerah Bera, Negeri Pahang, Malaysia). Banyak jabatan yang terlibat disini dalam usaha membina macam-macam budaya seperti budaya sihat dan cergas, budaya selamat dan aman, budaya anti dadah, budaya bertani, budaya niaga, budaya mengundi, buadaya memimpin dan mentadbir. Sayangnya tiada budaya membaca.

Itulah cabaran yang perlu dihadapi. Nak cergas, nak selamat, nak bertani, nak berniaga dan macam-macam nak tetapi tak minat nak menambah ilmu dengan membaca buku-buku ilmiah.

Kalau di buat soal selidik rambang, 'buku apakah yang dibaca sebelum ini?. Jawapannya mungkin tak ingat atau novel atau komik. Kalau disoal pula 'buku apakah yang dibaca tahun ini?' mungkin dengan mudah ingat satu atau dua buah buku, yang banyaknya adalah majalah dan akhbar. Tapi tak ingat tajuk dan nama pengarang buku. Apatah lagi nama penerbit buku yang dibaca.

Jangan ada yang kecil hati dan mula mengamuk dan menyerang peribadi saya dan keluara saya pula bila ditulis begini. Tulisan dan renungan disini hanyalah untuk anak-anak, keluarga dan kawan-kawan rapat saya sahaja. Mungkin pada masa hadapan saya akan nampak perubahan pada anak-anak, keluarga dan kawan-kawan rapat saya, tidak langsung saya kaitkan dengan penduduk bera atau kerayong atau batu papan. Anda semua adalah orang bera dan orang hebat.
16
15
14
13
12
11
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

Saturday

Thursday

Tuesday

Sunday