Thursday

Selamat Datang

TUJUAN BLOG LAMAN KERAYONG
Bagi menyimpan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Daerah Bera. Maklumat tersebut diharap akan menjadi catatan bersejarah untuk masyarakat jadikannya sebagai bahan rujukan. Kerana:
#Banyak peristiwa yang telah berlaku tetapi tiada tempat untuk membuat rujukan.
#Banyak wang yang telah digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Amat merugikan apabila tidak didokumentkan dengan baik.
#Banyak kejayaan dan pencapaian yang telah diukir tetapi tidak ramai yang sedar.
#Banyak hal-hal yang tidak penting berlaku tetapi amat penting pada masa hadapan.
#Banyak berita yang dilapurkan dalam Sinar Harian tetapi .......
#Banyak pihak yang mendokumentkan satu-satu peristiwa tetapi sikit-sikit sahaja.
#Banyak aktiviti yang boleh kami laporkan tetapi masa dan kemudahan yang kurang.
.
FOTO-FOTO ADALAH HAKCIPTA TERPELIHARA PEMILIK BLOG INI
Blog Laman Kerayong ini akan menjadi sumber untuk Masyarakat Daerah Bera mendapatkan gambar masing-masing (jika ada) di blog Laman Kerayong. Anda boleh gunakan foto-foto dalam Blog Laman Kerayong ini untuk kegunaan peribadi. Jika gambar tersebut digunakan dalam bahan bercetak atau elektronik, sila nyatakan sumber sebagai "SUMBER: lamankerayong.blogspot.com".
.
PENAFIAN
Pemilik Blog Laman Kerayong atau sesiapa yang berkaitan dengan Blog Laman Kerayong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau seumpamanya yang terjadi berikutan penggunaan maklumat yang ada.
.
ASAL USUL NAMA KERAYONG
Menurut JP Mohd Nor, pada zaman dahulu di sungai yang berhampiran dengan pusat pentadbiran Daerah Bera terdapat sebatang 'Pokok Petai Kerayong' yang besar dan telah tumbang. Pokok kerayong tersebut telah tumbang merentangi sungai tersebut. Orang-orang zaman dahulu sering memanggil tempat tersebut sebagai "Tempat Kerayong Tumbang". Lama kelamaan tempat tersebut dipanggil Kampung Kerayong. Jika anda ingin membaca lebih lanjut tentang Pengkisahan Sejarah oleh JP Mohd Nor sila klik ke blog pengkisahan sejarah beliau beliau; http://jpmohdnor.blogspot.com/ .
.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[22.08.08] [23.02.09] [04.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar