
sumber gambar: www.kedairakyat1malaysia.com.my/
Kebetulan pula tunas manja bera dan terbakar tiba-tiba 19 Disember 2011, Bera adalah daerah yang ketiga mendapat Kedai Rakyat 1Malaysia. Yang pertama adalah Pekan, sebagai penghormatan kepada kawasan Perdana Menteri Malaysai. Yang kedua adalah Kuantan sebagai penghormatan sebagai ibunegeri Pahang. Dan yang ketiga sudah tentu Bera sebagai penghormatan kepada kawasan Menteri Perdagangan Malaysia.

sumber gambar: www.kedairakyat1malaysia.com.my/
Kedai Rakyat 1Malaysia Bera telah dibuka dengan kerjasama Syarikat Mydin.
Syarikat MYDIN telah diperbadankan sebagai Syarikat Sendirian Berhad pada 23 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan pada peringkat awal dikenali sebagai Melati Makmur Sdn Bhd.Langkah ini adalah bagi mengambil alih perniagaan Syarikat Mydin Mohamed, sebuah perniagaan milikan tunggal yang ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Encik Mydin Mohamed.
Diasaskan oleh Tuan Mydin Mohamed pada tahun 1956. Kedai pertama beliau diKota Bharu, Kelantan memulakan perniagaan menjual alat permainan yang diimport dari Thailand. Cawangan kedua ditubuhkan di Kuala Terengganu pada 1979 dan diuruskan oleh anak lelaki sulung Tuan Mydin iaitu Encik Murad Ali.
MYDIN menjalankan aktiviti perniagaan runcit dan borong serta memiliki kepelbagaian dalam rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggannya iaitu dari makanan sehinggalah kepada barangan keperluan isi rumah. Produk makanan yang dijual terdiri dari konfeksi, delikatesen dan produk berasaskan tenusu serta minuman.
Pada hari perasmian Kedar Rakyat 1Malaysia Bera saya telah berkesempatan untuk hadir. Saya bawa kamera tetapi disebabkan hari hujan maka tidak sesuai untuk menggunakan kamera. Bimbang kamera masuk air. Ketika saya nak bergerak balik tiba-tiba ayah Komander (Kdr) Azman Nor Haji Ahmad TLDM telah memanggil saya dan meminta saya mengurut tengkok kerana pitam mata. Dari angan-angan nak jadi tukang gambar tiba-tiba jadi tukang urut.
Akhir sekali pembukaan rasmi Kedai Rakyat 1Malaysia adalah ibarat 'Enggang Lalu Ranting Patah'. Tunas manja bera terbakar tiba-tiba Kedai Rakyat 1Malaysia Bera beroperasi. Sebelum tunas manja bera beroperasi semula eloklah orang-orang Bera berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia Bera.

sumber gambar: www.kedairakyat1malaysia.com.my/
Kedai Rakyat 1Malaysia Bera beroperasi di No.1, Pusat Pembangunan Usahawan MARA, 28200 Bandar Bera ,Pahang. Kedai ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam.