Wednesday

SMK Bandar Kerayong: Sukan (8.00 pg)

14hb. Februari, 2009. SMK Bandar Kerayong.
SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN BANDAR KERAYONG 2009

16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6

6
5
4
3
2
1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[25.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

TNB Cawangan Bera: Gangguan Bekalan

25.02.2009 (Rabu)
SENGGARAAN PENCAWANG ELEKTRIK PADA 28.02.2009 (Sabtu)

TNB Cawangan Bera memohon perhatian anda berhubung dengan gangguan bekalan elektrik yang akan berlaku di kawasan Perumahan Pejabat Daerah (Kuarters Kerajaan Daerah Bera), Perpustakaan Daerah Bera dan Kampung Kerayong.

Kerja senggaraan dan penukaran minyak RMU akan dilakukan bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut penduduk yang terbabit boleh hubungi En. Mohd Roslan bin Abd Manap di talian 092504142.

Makluman ini disampaikan oleh En. Mohd Fadzir b Abd Jabar, Pengurus Cawangan Bera Bahagian Pembahagian TNB.

SJK (C) Kerayong: Hadiah

17.02.2009 (Selasa), Dewan SJK (C) Kerayong.
HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2008

11 10
9 8
7 6
5 4
3 2
1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[25.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

SJK (C) Kerayong: PIBG

17.02.2009 (Selasa), Dewan Sekolah SJK (c) Kerayong.
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-28 SJK (C) KERAYONG

Agenda Mesyuarat: -1-Ucapan pengerusi PIBG En. Tan Pi Wah -2- Ucapan Pengerusi Lembaga Pengurus En. Loo Yong Suei, PJK. -3- Ucapan Penasihat PIBG Guru Besar En. Yong Chong Seong -4- Penyampaian hadiah Kecemerlangan UPSR 2008 -5- Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong kali ke-27 (22.4.2008) -6- Membentangkan laporan Kegiatan Tahunan 2008 -7- Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2008 -8- Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2009/2010 -9- Pembentangan usul-usul -10- Perbincangan pemungutan yuran khas 2009 -11- Penyampaian hadian murid cemerlang akademik 2008.

Usul yang dicadangkan pada hari tersebut adalah: Mahu disediakan tempat menunggu bagi ibubapa ketika mahu mengambil anak masingmasing. Jawapan oleh Guru Besar: Ibubapa dibenarkan menunggu di kantin sekolah.

Yuran khas yang dibincangkan pada hari tersebut adalah sebanyak RM22.00. Yuran ini dikenakan pada pelajar Tahun 1 hingga 6 2009.
8 7 6 5
4 3
2 1
Jawatankuasa PIBG Sesi 2009/2010 SJKC Kerayong:
Pengerusi: Tan Pi Wah - Naib Pengerusi: Soh Ai Kiau - Setiausaha: Su Fee Ling - Naib Setiausaha: Loh Hui Peng - Bendahari: Yow Kim Toh - AJK: Tan Pi Chong, Ang Chor Uar, Soh Tuan, Chong Chit Luan, Hiyu Pei Pei, Gan An Peng, Soh Tik Hwa, Soh Yet, Chong Eng Keong(guru), Liew Yin Nee(guru), Tan Swee Neo(guru) -Juruaudit: Cheah Sai Boey, Ker Yen Ni (guru)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah SJKC Kerayong bermula pada tahun 1950.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[25.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

Monday

Pejabat Agama Islam Daerah Bera

Makluman Ciri-ciri Utama Ajaran Sesat

Takrif Ajaran Sesat:
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Ciri-ciri:
1. Percaya orang mati boleh memberi pertolongan jika namanya diseru.
2.Bersumpah merahsiakan ajaran yang diterima.
3. Agungkan keturunan yahudi.
4. Mengaku sebagai dirinya atau gurunya adalah nabi.
5. Mengaku ada memiliki barangan peninggalan Rasulullah s.a.w.
6. Mengaku sebagai wali atau mempunyai keramat.
7. Percaya gurunya boleh memberi syafaat di akhirat.
8. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersulk

Makluman ini dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang Unit Aqidah dan Syariah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
[23.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

Pejabat Agama Islam Daerah Bera

23 Februari 2009
MOHON DIHEBAHKAN TENTANG AJARAN YANG MERAGUKAN KEPADA ORANG RAMAI

Dengan segala hormatnya surat Bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang bertarikh 23 Januari 2009 dirujuk.

1. Kumpulan Kahfi Bina Negara Islam Indonesia Maahad Zaitun:
Mentafsir AlQuran dengan cara tersendiri (meragukan), mnggunakan Al-Quran terjemahan Al-Khadim Haramain Syarifain (terjemahan Indonesia). Mengadakan kelas pengajian secara rahsia dengan had maksimum pelajar 3 orang. Ahli bari dibawa ke kelas pengajian dengan mata ditutup.

2. Kerajaan Tabarakallazi:
Zikir beramai-ramai dengan bercampur antara lelaki dengan perempuan.. tidak menunaikan solat. Mirip kepada syiah. minum air suci yang dihasilkan daripada 'pati anjing selasih' dalam upacara bai'ah.

3. Rufaqa' Corp Sdn Bhd:
Mengamalkan aurad muhammadiah. Pelbagai ajaran sesat yang telah deketahui umum.

4. Yusuf bin Hassan (anak Hassan Anak Harimau):
Zikir lewat malam. Pengikut berkereta mewah datang daripada luar.

5. Ajaran Haji Ghazali Osman:
Aktiviti ratib secara beramai-ramai selepas Isyak hingga larut malam dengan iringan gendang.

6. Perbomohan:
Talqin Syahadah/Jabat 14 melalui guru bertauliah (badar). Kaffarah dengan menyembelih kambing. Syirik Uluyyah bagi pengikut yang ada saka di dalam tubuhnya.

Makluman ini disampaikan oleh Muhamad Yusri bin Aman, Al Fadil Qadhi Daerah Bera.

Untuk makluman lanjut anda boleh hubungi:
Pejabat Agama Islam Daerah Bera
28200 Bera
TeL: 09-2501111 Faks:09-2501110
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera

MAKLUMAN PERPINDAHAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH BERA

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera telah berpindah ke pejabat baru mulai 19 Januari 2009 di alamat seperti berikut:

Jabatan Pendaftaran Negara
Daerah Bera
Kementerian Dalam Negeri
No. 39 Jalan Jati 1
Taman Jati
28200 Bandar Bera
Pahang Darulmakmur

No. Telefon: 09-2552172 No. Faksimili: 09-2552173

Makluman ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Fadzillah b Abdul Hamid, Penyelia Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
[23.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

Larian Palestin Daerah Bera (tamat)


22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Atrucara Program

Program Khas kempen Sokongan Skuad Sukerelawan Remaja Rakan Muda Untuk Belia dan Kanak-kanak Palestin:

- 8 pg - Ketibaan peserta - 8.15 pg - Ketibaan VIP - 8.30 pg - Regangan (Malaysia Cergas) - 8.4. pg - Pelepasan Larian Amal -9.10 pg - "Cooling Down" -9.40 pg - Bacaan Doa - 9.45 pg - ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Sri Ismail Saberi bin Yaakob - 10.00 pg - Upacara tandatangan tanda sokongan kepada rakyat Palestin dan Kutipan Derma - 10.15 pg - Cabutan Nombor Bertuah - 10.30 pg Jamuan Ringan - 10.45 pg Bersurai -

Jawatankuasa Induk:

Pengerusi :
Pegawai Daerah Bera

Setiausaha :
Pegawai belia dan Sukan Daerah Bera

Jawatankuasa :
Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera, Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Bera, Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera, Ketua Polis Daerah Bera, Jurutera JKR Daerah Bera, Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera, Pegawai Penerangan Daerah Bera, Pegawai Pelajaran Daerah Bera, Pegawai Kesihatan Daerah Bera, Setiausaha Majlis Daerah Bera, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga dan Penghulu Mukim Bera 1.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday

Larian Palestin Daerah Bera (9.40 pg)

22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Sebentar lagi alan tibalah acara yang paling dinantikan oleh peserta larian. Siapakah yang akan mendapat basikal untuk dibawa balik. Pelajar SMK Bandar Kerayong, SMK Triang, SMK Seri Bera atau SMK Bukit Mendi.
9. Peserta Larian Palastin sedang menurunkan tandatangan sebagai tanda simpati terhadap penderitaan rakyat palestin.


8. Pelajar SMK Triang menunggu giliran untuk tangan tangan.
7. pelajar SMK Triang menunjukkan bola sepak hitam yang diterima semasa cabutan bertuah.
6. Pelajar SMK Triang sabar menunggu giliran untuk menurunkan tandatangan.
5. Seorang pelajar perempuan SMK Bandar Triang tersenyum melihat gelagat pelajar SMK Seri Bera dan SMK Bandar Kerayong yang sedang menurunkan tandatangan mereka pada kain rentang.
4. Masing banyak ruang untuk ditandatangan.
3. Inilah tetamu yang paling dihormati pada Hari Larian Palestin Daerah Bera. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera sedang menyampaikan cenderamata kepada beliau. Beliau sebenarnya mewakili Menteri Belia dan Sukan yang tidak dapat hadir.
2. Inilah peserta yang paling bertuah pada hari ini. pengawas SMK Bandar Kerayong ini sedang menerima sebuah basikla daripada wakil Menteri Belia dan Sukan.
1. Juruacara sedang bertanya kepada peserta yang paling bertuah. beliau sungguh tidak sangka akan menjadi peserta Larian Palestin Daerah Bera yang paling bertuah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Larian Palestin Daerah Bera (9.30 pg)

22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Acara cabutan bertuah sampai di kemuncaknya. Suasana semakin panas terik di Laman Kerayong namun peserta masih tidak berganjak. Masing-masing ingin tahu siapakah yang paling bertuah dan dapat membawa balik basikal.

11. Pelajar Sekolah Menengah Bukit Mendi bersama basikal bertuah.
10. masing-masing sabar menunggu tuah.
9. Pemenang cabutan bertuah.
8. Hari semakin panas.
7. Perut dah mula rasa lapar.
6. Sabar sekejap lagi kita boleh makan.
5. Tiga sahabat.
4. Sabar menunggu nombor bertuah.
3. Dapat juga merasa hadiah cabutan bertuah.
2. Sekolah Menengah Bandar Kerayong memang bertuah.
1. Lega acara dan nak tamat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------