Wednesday

TNB Cawangan Bera: Gangguan Bekalan

25.02.2009 (Rabu)
SENGGARAAN PENCAWANG ELEKTRIK PADA 28.02.2009 (Sabtu)

TNB Cawangan Bera memohon perhatian anda berhubung dengan gangguan bekalan elektrik yang akan berlaku di kawasan Perumahan Pejabat Daerah (Kuarters Kerajaan Daerah Bera), Perpustakaan Daerah Bera dan Kampung Kerayong.

Kerja senggaraan dan penukaran minyak RMU akan dilakukan bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut penduduk yang terbabit boleh hubungi En. Mohd Roslan bin Abd Manap di talian 092504142.

Makluman ini disampaikan oleh En. Mohd Fadzir b Abd Jabar, Pengurus Cawangan Bera Bahagian Pembahagian TNB.