Makluman Ciri-ciri Utama Ajaran Sesat
Takrif Ajaran Sesat:
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Ciri-ciri:
1. Percaya orang mati boleh memberi pertolongan jika namanya diseru.
2.Bersumpah merahsiakan ajaran yang diterima.
3. Agungkan keturunan yahudi.
4. Mengaku sebagai dirinya atau gurunya adalah nabi.
5. Mengaku ada memiliki barangan peninggalan Rasulullah s.a.w.
6. Mengaku sebagai wali atau mempunyai keramat.
7. Percaya gurunya boleh memberi syafaat di akhirat.
8. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersulk
Makluman ini dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang Unit Aqidah dan Syariah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
[23.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar