Monday

Pejabat Agama Islam Daerah Bera

23 Februari 2009
MOHON DIHEBAHKAN TENTANG AJARAN YANG MERAGUKAN KEPADA ORANG RAMAI

Dengan segala hormatnya surat Bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang bertarikh 23 Januari 2009 dirujuk.

1. Kumpulan Kahfi Bina Negara Islam Indonesia Maahad Zaitun:
Mentafsir AlQuran dengan cara tersendiri (meragukan), mnggunakan Al-Quran terjemahan Al-Khadim Haramain Syarifain (terjemahan Indonesia). Mengadakan kelas pengajian secara rahsia dengan had maksimum pelajar 3 orang. Ahli bari dibawa ke kelas pengajian dengan mata ditutup.

2. Kerajaan Tabarakallazi:
Zikir beramai-ramai dengan bercampur antara lelaki dengan perempuan.. tidak menunaikan solat. Mirip kepada syiah. minum air suci yang dihasilkan daripada 'pati anjing selasih' dalam upacara bai'ah.

3. Rufaqa' Corp Sdn Bhd:
Mengamalkan aurad muhammadiah. Pelbagai ajaran sesat yang telah deketahui umum.

4. Yusuf bin Hassan (anak Hassan Anak Harimau):
Zikir lewat malam. Pengikut berkereta mewah datang daripada luar.

5. Ajaran Haji Ghazali Osman:
Aktiviti ratib secara beramai-ramai selepas Isyak hingga larut malam dengan iringan gendang.

6. Perbomohan:
Talqin Syahadah/Jabat 14 melalui guru bertauliah (badar). Kaffarah dengan menyembelih kambing. Syirik Uluyyah bagi pengikut yang ada saka di dalam tubuhnya.

Makluman ini disampaikan oleh Muhamad Yusri bin Aman, Al Fadil Qadhi Daerah Bera.

Untuk makluman lanjut anda boleh hubungi:
Pejabat Agama Islam Daerah Bera
28200 Bera
TeL: 09-2501111 Faks:09-2501110
-------------------------------------------------------------------------------------------------