Menurut Puan Azizah wartawan Sinar Harian Bera (ketika dihubungi melalui telefon) berkata, beliau dimaklumkan kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air adalah Kemayan hingga ke Kampung Paya Lang sahaja. Tiada maklumat mengenai gangguan bekalan air di kawasan di Bandar Bera hingga ke Mengkarak.
Bagi penghuni Kuarters Kerajaan Daerah Bera dan Taman Kerayong Makmur mereka masih bernasib baik. Masih ada bekalan air paip di rumah masing-masing.
Bagi penduduk yang tidak bernasib baik pula, telah ada yang terpaksa membeli air mineral di Tunas Manja Bera. Untuk membuat susu anak, air mineral tersebut perlu dipanaskan (dimasak) terlebih dahulu. Ada juga yang telah bersedia untuk menggunakan pinggan kertas pakai buang jika semua pinggan bersih telah habis diguna. Tetapi belum ada cerita mereka yang terpaksa mengelap pinggan mangkuk dengan tisu.
Kepada saudara mara yang bercadang hendak berkunjung atau balik ke Daerah Bera ini, sila pastikan rumah yang hendak anda tuju mempunyai bekalan air. Nanti keciwa pula bila dapat berkumpul ramai-ramai sanak saudara dan adik beradik tiba-tiba tiada bekalan air. Penduduk felda yang berdekatan dengan Felda Kumai, boleh menunpang mandi di kawasan Air Terjun Bukit Bertangga (FOTO BUKIT BERTANGGA 1) (FOTO BUKIT BERTANGGA 2) (FOTO BUKIT BERTANGGA 3) (FOTO BUKIT BERTANGGA 4). Bagi mereka yang berhampiran dengan sungai pula bolehlah menggunakan 'perkhidmatan' air sungai dengan berhati-hati.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------