Thursday

Bekalan Air Paip

Bermula pada petang 13 Mei 2009 (Rabu) telah terdapat gangguan bekalan air di Taman Kerayong Jaya, Taman Seri Bera, Taman Emas, Kampung Kerayong, Kampung Selatan hingga ke Mengkarak. Penduduk Felda Purun juga diceritakan tiada bekalan air bermula hari Isnin. Terdapat peniaga kedai makan yang terpaksa menutup perniagaan pada hari ini (14 Mei 2009 - Khamis) kerana tidak bersedia dengan gangguan bekalan air di tempat perniagaan masing-masing.

Menurut Puan Azizah wartawan Sinar Harian Bera (ketika dihubungi melalui telefon) berkata, beliau dimaklumkan kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air adalah Kemayan hingga ke Kampung Paya Lang sahaja. Tiada maklumat mengenai gangguan bekalan air di kawasan di Bandar Bera hingga ke Mengkarak.

Bagi penghuni Kuarters Kerajaan Daerah Bera dan Taman Kerayong Makmur mereka masih bernasib baik. Masih ada bekalan air paip di rumah masing-masing.

Bagi penduduk yang tidak bernasib baik pula, telah ada yang terpaksa membeli air mineral di Tunas Manja Bera. Untuk membuat susu anak, air mineral tersebut perlu dipanaskan (dimasak) terlebih dahulu. Ada juga yang telah bersedia untuk menggunakan pinggan kertas pakai buang jika semua pinggan bersih telah habis diguna. Tetapi belum ada cerita mereka yang terpaksa mengelap pinggan mangkuk dengan tisu.

Kepada saudara mara yang bercadang hendak berkunjung atau balik ke Daerah Bera ini, sila pastikan rumah yang hendak anda tuju mempunyai bekalan air. Nanti keciwa pula bila dapat berkumpul ramai-ramai sanak saudara dan adik beradik tiba-tiba tiada bekalan air. Penduduk felda yang berdekatan dengan Felda Kumai, boleh menunpang mandi di kawasan Air Terjun Bukit Bertangga (FOTO BUKIT BERTANGGA 1) (FOTO BUKIT BERTANGGA 2) (FOTO BUKIT BERTANGGA 3) (FOTO BUKIT BERTANGGA 4). Bagi mereka yang berhampiran dengan sungai pula bolehlah menggunakan 'perkhidmatan' air sungai dengan berhati-hati.


"Membacalah Walaupun Tiada Bekalan Air"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (08) Results Stage 1

Criterium Gohtong Jaya 80 km

New Straits Times Thursday, May 14, 2009 (Sport 47)
Cycling<>Tour Of Pahang

Young Li clinches win in dramatic finish
"Ng Young Li took his first win of the year in a dramatic finish to Stage One of the Tengku Mahkota's Cup Tour of Pahang, an 80 kilometer criterium in Gihtong Jaya, Genting Highland yesterday."


Keputusan
Stage 1: Criterium
1. Ng Young Li (LeTua) 1:05.48s
2. Zamri Salleh (ATM) 1:05.48s
3. Mohd Sufi Mat Senan (National Back-up) 1:05.50s
4. Faris Abdul Razak (ASZU) 1:05.58s
5. Zamani Mustarudin (National Back-up) 1:08.26s
6. Amirul Aswadi Amran (ATM) 1:08.12s
7. Shahrul Nizam Che Shamsudin (ATM) 1:09.16s
8. Muaz Abdul Rahim (ASZU) 1:09.20s
9. Hamdan Hamidun (Ipoh Centre) 1:09.22s
10. Fahmi Tajudin (Police) 1:09.24s

Stage 1: Yellow Jersy
1. Ng Young Li (LeTua)
2. Zamri Salleh (ATM)
3. Mohd Sufi Mat Senan (National Back-up)
4. Faris Abdul Razak (ASZU)
5. Zamani Mustarudin (National Back-up)

Stage 1: Teams
1. National Back-up
2. Armed Forces (ATM)
3. ASZU
4. Le Tua
5. Police
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (07) Objektif

Antara objektif utama Kejohanan Lumba Basikal Tengku Mahkota Pahang 2009 diadakan adalah:
1. Menjadikan acara ini sebagai acara yang gemilang bagi kalendar sukan berbasikal di Negeri Pahang.
2. Salah satu medan menguji tahap prestasi pelumba-pelumba di Negeri Pahang bagi mewakili Negeri Pahang dan Malaysia di dalam acara sukan ini.
3. Sebagai pemangkin ke arah melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet pelumba basikal di Negeri Pahang untuk diketengahkan hingga ke peringkat kebangasaan dan antara bangsa.
4. Meningkatkan lagi penglibatan para belia harapan negara agar menceburi bidang yang mencabar ini.
5. Memberi peluang dan menarik minat golongan remaja untuk bergiat aktif dalam sukan berbasikal bagi mengelakkan mereka cenderung ke arah budaya negetif seperti merempit, dadah, vandalisme dan sebagainya.

*Profile Persatuan Lumba Basikal Daerah Rompin: tidak dapat ditulis kerana belum dapat maklumat yang sah mengenai status persatuan berbasikal daerah ini. Kemungkinan tiada persatuan basikal berdaftar di daerah ini.

"Membaca Mengayuh Minda"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (06) Peringkat 4

Bera-Rompin
Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pg-1.30pg
Tempat Mula: Dataran Kerayong
Tempat Tamat: Pejabat Penghulu Mukim Rompin
Jarak: 163.7 km

*Profile Persatuan Lumba Basikal Daerah Bera: tiada maklumat lengkap mengenai persatuan daerah ini.

Setiausaha dan bendaharinya mengesahkan bahawa persatuan ini telah lama tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan. Keadaan ini disebabkan pengerusinya telah berpindah keluar Daerah Bera. Timbalan pengerusi yang telah mengambil alih tugas pengerusi (yang telah berpindah) telah meninggal dunia. Persatuan ini masih mempunyai sedikit wang dalam akaun persatuan dan sedikit hutang serta telah lama tidak mengadakan mesyuarat atau sebarang aktiviti berbasikal.

Bendahari tidak mahu menggunakan wang yang ada tanpa mesyuarat AJK. Sementara setiausaha pula tidak dapat menghubungi dan mengumpul AJK lama. Dengan ini jelas persatuan ini tiada dan tidak pernah menghantar wakil ke apa-apa perjumpaan atau mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan Berbasikal Pahang.

Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bera juga mengesahkan tidak pernah dijemput untuk mengadakan perjumpaan dengan setiausaha, bendahari atau AJK persatuan ini. Beliau tidak mengatahui mengenai status atau pun perkembangan semasa persatuan ini. Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bera amat berharap persatuan ini dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan yang telah lama tidak diadakan. Tindakan ini perlu disegerakan sebelum Pejabat Pendaftar Pertubuhan menggantung persatuan ini. Seterusnya menyelaraskan aktiviti berbasika di Daerah Bera supaya berbasikal menjadi aktiviti popular di Daerah Bera.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (05) Peringkat 3

Lanchang-Bera
Tarikh: 15 Mei 2009 (Jumaat)
Masa: 9.00 pg-11.00pg
Tempat Mula: Dewan Serbaguna Lanchang
Tempat Tamat: Majlis daerah Bera
Jarak: 70.2 km

*Profile Persatuan Lumba Basikal Daerah Temerloh: tidak dapat ditulis kerana belum dapat maklumat yang sah mengenai status persatuan berbasikal daerah ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (04) Peringkat 2

Raub-Bentong (Chamang)
Tarikh: 14 Mei 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 pg-1.30 pt
Tempat Mula: Bangunan Majlis Daerah Raub
Tempat Tamat: 2km sebelum sampai ke Air Terjun Chamang
Jarak: 177 km

*Profile Persatuan Lumba Basikal Daerah Raub: tidak dapat ditulis kerana belum dapat maklumat yang sah mengenai status persatuan berbasikal daerah ini. Kemungkinan tiada persatuan basikal berdaftar di daerah ini.

"Membaca Mengayuh Minda"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (03) Peringkat 1

Kriterium Gohtong Jaya
Tarikh: 13 Mei 2009 (Rabu)
Masa: 100 pagi
Tempat: Berhampiran Restoran Nasi Kandar dan Hotel Sri Malaysia

*Profile Persatuan Lumba Basikal Daerah Bentong: tidak dapat ditulis kerana belum dapat maklumat yang sah mengenai status persatuan berbasikal daerah ini. Kemungkinan tiada persatuan basikal berdaftar di daerah ini.

"Membaca Mengayuh Minda"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (02) Jadual

Tarikh: 12 Mei 2009 (selasa)
Masa: 1.00 pt - 5.00 pt
Tempat: Awana Resort, Genting Highland
~Pendaftaran Peserta~Mesyuarat Teknikal~Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan

Tarikh: 13 Mei 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 pg - 1.00 pt
Tempat: Gohtong Jaya, Genting Highland
~Peringkat 1. Kriterium

Tarikh: 14 Mei 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 pg-1.30 pt
Tempat: Raub-Bentong Chamang
~Peringkat 2. Jalanraya

Tarikh: 15 Mei 2009 (Jumaat)
Masa: 9.00 pg-11.00pg
Tempat: Lanchang-Bera
~Peringkat 3. Jalanraya

Tarikh: 16 mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00pg-1.30pg
Tempat: Bera-Rompin
~Peringkat 4. Jalanraya

"Membaca Mengayuh Minda"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (01) AJK Induk

Nama Pertandingan: Kejohanan Lumba Basikal Piala Tengku Mahkota Pahang 2009
Tarikh Pertandingan: 13hb. hingga 16hb. Mei 2009
Laluan Pertandingan: Genting Highland - Raub -Bentong -Lanchang -Temerloh - Bera -Rompin
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penaung Diraja: KDYMM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah
Penasihat Terhormat: Dato' Sri Haji Adnan B Haji Yaakob Menteri Besar Pahang.
Penasihat:
1. YB Dato' Ismail Sabri B Yaakob DIMP., DMSM (Menteri Belia dan Sukan Malaysia)
2. YB Dato' Saipuddin B Abdullah DPMP., DSM (Ahli Parlimen Temerloh)
3. YB Dato' Liow Tiong Lai DIMP., SMP (Ahli Parlimen Bentong)
4. YB Dato' Dr. Ng Yen Yen DSAP., DIMP., DPMP., DPMK., PJK. (Ahli Parlimen Raub)
5. YB Dato' Seri Dr Hj Jamaluddin B Dato' Mohd Jarjis (Ahli Parliment Rompin)
6. YB. Dato' Haji Mohd Sharkar B Haji Shamsuddin DSAP., DIMP. (Pengerusi Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi)
7. YB. Dato' Wan Adnan b Wan Mamat SIMP., DSAP., DIMP (pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang)

Pengerusi: Presiden Persatuan Berbasikal Pahang
Timbalan Pengerusi: -
Naib Pengerusi:
1. En. Sharif b Ahmad PJK
2. Pn Wan Rohani bt Wan Hashim
Setiausaha: En. Aminuddin B Sulaiman (Jurulatih)
Bendahari: En. Mohd Asraf b Mohamad Noor
Ahli Jawatankuasa:
1.Persatuan kebangasaan Berbasikal Malaysia 2.Majlis Sukan Pahang 3.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang - Unit Protokol 4.Polis Diraja Malaysia 5.Angkatan Tentera Malaysia 6.Jabatan Belia dan sukan Negeri Pahang 7.Jabatan Pertanian Negeri Pahang 8.Jabatan Penerangan Negeri Pahang 9.Jabatan Penyiaran Negeri Pahang 10.Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 11. Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang 12.Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang 13.Jabatan Pertananan Awam Negeri Pahang 14.jabatan Perhutanan Negeri Pahang 15.Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 16.Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 17.Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang 18. Pejabat Daerah Bera 19.Pejabat Daerah Raub 20.Pejabat Daerah Bentong 21.Pejabat Daerah Rompin 22.Majlis Perbandaran Temerloh 23.Majlis Perbandaran Bentong 24.Majlis Daerah Rompin 25.Pejabat pertanian Daerah Rompin.

*Profile Persatuan Berbasikal Pahang: tak dapat ditulis kerana belum dapat maklumat yang sah mengenai status Persatuan Berbasikal Pahang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday

Larian Tasik Bera (05) Pejabat Ramsa

Pejabat Pengurusan Tapak Ramsa Tasik Bera
Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
28300 Bera Pahang.
www.wildlife.gov.my

Links:
@Unit Pembangunan CKBA - model dan lukisan
@Tapak Ramsa Tasik Bera - perjalanan, penginapan dan aktiviti
@TASEK BERA - MALAYSIA'S MYSTICAL WETLANDS - DVD
05 Dewan
04 Pejabat