Wednesday

Alang Ludin Kg Seri Buntar

Gambar Encik Alang Ludin ini dirakamkan pada 23.8.2009 ketika terlihat beliau keseorangan di hentian bas hadapan Taman Peruman Kg. Seri Buntar. Encik Alang pernah ditangkap oleh Jepun untuk di hantar ke untuk dijadikan buruh landasan keretapi maut. Encik Alang hanya sempat di kurung di Tumpat. Ketika ditahan di Tumpat, beliau diberitahu Jepun telah menyerah kalah. Dengan bantuan seseorang, kumpulan mereka telah dapat menyusup keluar dari tempat tahanan melalui pintu belakang.

Bimbang jula, kalau tak lari tak tau apa yang akan dilakukan oleh Jepun sebelum mereka menyerah diri sepenuhnya. Bimbang juga dipindahkan ke tempat yang lebih teruk atau dibunuh semuanya kerana bimbang membocorkan apa-apa rahsia.
03
Kumpulan mereka lebih telah berjalan kakai untuk balik ke kampung masing-masing. Mereka berhati-hati melarikan diri berpandukan landasan keratapi. Jika terlalu hampir dengan landasan keretaapi, bimbang dapat ditemui oleh jepun yang sedang mencari mereka. Jika terlalu jauh dari landasan keretapi bimbang terserempak dengan pengganas komunis yang sedang bermaharajalela dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dikatakan memberikan apa saja kerjasama kepada jepun penjajah.
02
Dalam perlarian tersebut, mereka makan apa-apa sahaja. Kalau jumpa rumah orang kampung, mereka meminta belas ehsan tuan rumah memberima mereka makan apa-sahaja. Sampai di satu tempat di antara daerah Lipis dengan Jerantut mereka telah diberikan nasi oleh tuan rumah. Lama sungguh tak jumpa nasi. Setelah sampai di Temerloh Encik Alang meneruskan perjalanan seorang diri balik ke Triang.
01
Beliau seterusnya berkhidmat dengan pasukan Home Guard. Pernah bertugas di balai Polis Mengkarak. Pernah terlibat dalam mempertahankan balai polis Mengkarak daripada serangan pengganas komunis. Turut sama dalam peristiwa tersebut adalah JP Mohd Noor (jpmohdnoor.blogspot.com) dan Imam Khatib Sudin. Ringkasan cerita beliau telah dituliskan dalam jpmohdnoo.blogspot.com.

Seterusnya Encik Alang berkhidmat sebagai jaga May Bank Triang dan bilal Masjid Triang. Kini meneruskan hidup dengan wang yang diterima melalui Felcra. Dalam usia 80 tahun dengan kaki yang masih ada kesan ditembak, tak banyak perkara yang mampu dilakukan oleh Encik Alang. Anak-anak selalu menjenguk walaupun telah ada kehidupan masing-masing. Bila bercerita pasa makan, hanya lauk ikan tenggiri sahaja yang dapat membuka selera makan.

Senator Muhammad Olian bin Abdullah

Tahniah kepada Encik Muhammad Olian bin Abdullah kerana telah angkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara pada 9hb. Disember, 2009. Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah anggota seumur hidup Umno Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang, Malaysia. Sebelum ini Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah pengurus Risda Plantation Sdn Bhd Cawangan Temerloh semenjak Februari 2008.

Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah senator yang kedua daripada suku kaum Semelai. Hassan bin Nam yang berasal dari RPS Pos Iskandar adalah Senator Dewan Negara yang pertama daripada suku kaum Semelai.

Rujukan:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461053

03
02
01

Antara perkara yang perlu diperjuangkan adalah:
1. Soal Hak Orang Asli Ke Atas Tanah
2. Soal Permasalahan Pendidikan Orang Asli
3. Persoalan Ekonomi Masyarakat Orang Asli

Rujukan: http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11515653648978&artID=11468985432746

Monday

Merdeka 2009 Daerah Bera (13) Tamat

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.
1761
1759
1758
1761
1737

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://lamankerayong.blogspot.com/

Saturday

Merdeka 2009 Daerah Bera (12) Bergambar

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.

Sebelum balik, beberapa pasukan telah ambik kesempatan untuk bergambar kenangan.
1803
Pasukan Wanita Umno Banagian Bera.
1799
1794
Pasukan Kakitangan Felda Zon Bera.
1791
Pasukan Umno Bahagian Bera bersama YB Kemayan dan Pegawai Daerah Bera.

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/
.

Thursday

Merdeka 2009 Daerah Bera (11) Asli Gemuroh

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.

Inilah aksi kegembiraan penduduk Kampung Orang Asli Kg Gemuruh yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Bera semasa sambutan Merdeka di Bera. Majlis dan tamat tetapi masih tak terasa nak balik kerana acara habis terlalu cepat. Pasukan lain telah beredar meninggalkan kawasan padang tetapi orang Kampung Gemuruh ini masih berada di tengah padang.
1801
1800
1797
masih jelas terbayang rasa seronok selepas ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian Bera Puan Azizah.
1789
1788
1760

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/

Monday

Klinik Undang-undang

Biro Bantuan Guaman Kuantan (Tingkat 8, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 KUANTAN, Pahang Darul Makmur) mengadakan Klinik Undang-undang yang memberikan perkhidmatan nasihat dan bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan khidmatan dan nasihat undang-undang.

Tarikh: 7hb. Disember 2009
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat Pejabat Kebajkan Masyarakat Daerah Bera.

Jika anda mempunyai masalah undang-undang (Sivil/Syariah) sila temui mereka di tempat tersebut. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-5161135 atau 09-5162639.

Info ini dimaklumkan oleh MAIMUNAH BINTI MOHD bagi pihak Pengarah Biro Bantuan Guaman Kuantan, Pahang.

Makluman tentang klinik ini ada di pamirkan di Pejabat TNB Bera, Pejabat Pertanian Daerah Bera, Majlis Daerah Bera, Pejabat Hutan Daerah Bera, Pejabat Perikanan Daerah Bera, Pusat Komunita KEMAS Daerah Bera, Pejabat Pendaftaran Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera dan pejabat FAMA Daerah Bera.

Pejabat Penerangan Daerah Bera

Pejabat Penerangan Darah Bera telah beroperasi di alamat seperti berikut:

Pejabat Penerangan Daerah Bera
No. 2 & 3, Tingkat Bawah,
Jalan Kerayong 3,
28200 BANDAR BERA

No. Telefon: 09-250 6813
No. Faks: 09-250 6821

Info ini dimaklumkan oleh ENCIK BASHARUDIN BIN MD YASIN bagi pihak Pegawai Penerangan Daerah Bera.

Pej. Rela Daerah Bera

Pertukuran nombor telefon Pejabat Rela Daerah Bera Pahang Darul Makmur.

Bermula 23 November 2009 nombor telefon Pejabat Rela Daerah Bera bertukar seperti berikut:
Nombor telefon lama: 09-256 3589. Nombor telefon baru: 09-250 6955.

Berikut adalah makluman oleh Encik Wahid bin Haron, Pegawai RELA Daerah Bera.

Saturday

Merdeka 2009 Daerah Bera (09) Penonton

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.
1785b
1785a
1784b
1784a
1783b
1783a
1770
1769
1767
1766
1763
1762
1700

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/