Wednesday

Rumah Terbakar (04) bantuan

Setelah melihat gambar-gambar yang disiarkan ini, mungkin ada pihak yang ikhlas ingin memberi bantuan atau sumbangan. Mungkin ada yang ingin menghulurkan bantuan tetapi tak mahu orang lain tahu. Mungkin ada yang ingin memudahkan usaha mendapatkan dokumen-dokumen yang teerbakar. Mungkin juga ada yang ingin membantu dengan cara masing-masing.

Kepada mereka ini, harap dapat hubungi Puan Afzainani (menantu) di nombor telefon 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera). Semoga bantuan yang diberikan pada bulan Ramadan ini diberkati oleh Allah SWT.
05
04
03
02
01

KEPADA SESIAPA
YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)

Rumah Terbakar (03) bomba

Usaha gigih pasukan Bomba Triang berjaya memadam kebakaran di rumah No. 64A Kampung Padang Luas (Kerayong), 28200 Bandar Bera (Triang) Pahang pada hari Sabtu 5.9.2009 jam 3.50 petang.

Pasukan Bomba Triang yang dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Kemayan berjaya menghalang api dari merebak ke rumah berhampiran. Pasukan Bomba Triang meninggalkan tempat kejadian jam 5.50 petang.

Terbayang rasa keletihan dan kepuasan kerana berjaya menghalang api merebak ke rumah lain.
06
05
04
03
02
01

KEPADA SESIAPA
YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,

BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)

Rumah Terbakar (02) kereta dan pokok

Laman Kerayong baru sebentar tadi dapat berhubung dengan Encik Rashid SBY. Kabar-kabar angin mengatakan bahawa beliau adalah orang yang pertama sampai ditempat kejadian. Kalau selepas ini ada cerita mengatakan ada orang lain yang menjadi orang pertama sampai ditempat kejadian kita anggap betul juga. Mungkin mereka sama-sama nombor satu.
05
Menurut kata Encik Rashid, beliau lalu di kawasan tersebut lebih kurang pukul 3.30 petang. Pada waktu tersebut memang telah jelas kelihatan asap dan api. Encik Rashid terus berhenti dengan tujuan hendak merakam gambar kejadian. Tetapi tidak disangka-sangka beliau adalah orang yang pertama sampai dan perlu menjadi penyelamat kepada Pak Mail dan Mak Su.
04
Pasangan Pak Mail dan Mak Su telah pada ketika terperangkap didalam rumah. Pintu yang mereka tuju berkunci. Encik Rashid terpaksa memecahkan pintu tersebut untuk mengeluarkan mereka. Setela pintu dipecahkan kelihatan keduannya berdiri berpelukan dengan Mak Su memancutkan air melalui getah paip sebagai untuk memadamkan api. Pak Mail dalam keadaan antara sedar dan tak sedar. Bila mahu dibawa keluar Pak Mail Tak mahu kerana ingin menyelamatkan barang-barang.
03
Tanpa berfikir panjang Encik Rashid terus mendukung Pak Mail sambil diiring oleh Mak Su ke bawah pokok. Sampai di bawah pokok Encik Rashid berhenti seketika dan terus mendukung Pak Mail untuk dibawa ketempat lebih selamat dengan meninggalkan Mak Su di bawah pokok. Setelah separuh jalah muncul seorang lelaki berkopiah dan menyambut Pak Mail dan terus mendukung Pak Mail ketempat selamat.
02
Encik Rashid kembali ke bawah pokok memimpin pula Mak Su untuk dibawa ke tempat selamat. Kemudian dimaklumkan ada seorang cucu di dalam rumah. Kelam kabut pula mencari cucu tersebut. Bimbang budak tu takutkan api dan menyorok dimana-mana tempat dalam rumah. Lega, rupanya cucu tersebut menyoruk dalam semak.
01
Menurut Encik Rashid, semasa beliau berhenti di tempat kejadian lebih kurang jam 3.30 petang dah ada orang yang menghubungi bomba. Sebab itu tindakan menghubungi bomba tidak dilakukan oleh beliau. Beliau terus menerpa kearah rumah yang terbakar untuk mengambil gambar. Rupanya ada orang yang perlu diselamatkan.

Demikianlah ceritanya bukan faktanya. Baca boleh. Kalau nak percaya kena tanya semula Encik Rashid. Mungkin ada tersalah tulis.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)

Rumah Terbakar (01) Keadaan rumah

Kejadian kebakaran ini berlaku di rumah bernombor 64A Kampung Padang Luas (Kerayong), 28200 Bandar Bera (Triang) Pahang pada hari Sabtu 5.9.2009 jam 3.50 petang. Rumah separuh kayu separuh batu ini di diami oleh pasangan suami isteri Encik Ismail b Daud(68 tahun) dan Puan Jemilah bt Abdullah (68 tahun). Turut tinggal di rumah ini adalah anak mereka Noranida bt Ismail (35 tahun) bersama seorang cucu Muhammad Haiqal b Che Ishak (4 tahun).

Encik Ismail ini sebenarnya dah uzur. Beberapa kali dimasukkan ke ICU Hospital Temerloh. Kini beliau hanya terbaring sahaja atas tilam. Puan Jemilah pula masih daya bangun dan membuat bermacam-macam kerja walaupun menghidapi beberapa penyakit.
11
Pasangan ini sebenarnya telah balik ke Kelantan. Cadangannya nak habiskan puasa di Kelantan dan seterusnya raya di Kelantan. Anak-anak dijangkan akan menyusul kemudian bersama keluarga masing-masing.
10
Beberapa hari sebelum kejadian, Encik Ismail sibuk nak balik katanya ' "Nak tengok rumah". Semakin lama makin kerap beliau menyebut nak balik nak tengok rumah di Bera. Tak sanggup melihat rayuan bapanya, anaknya menghantar bapa dan ibunya balik ke Bera pada 4.9.2009 iaitu hari Jumaat. Sampai di Bera pada sebelah malam hari Jumaat atau orang Melayu kata malam Sabtu. Anak yang menghantarnya terus balik semula ke kelantan kerana terpaksa bekerja.
09
Kejadian berlaku lebih kurang jam 3.50 petang. Pada masa tersebut hanya Encik Ismail yang telah uzur berada seorang diri dalam rumah. Isterinya Puan Jemilah berada di luar rumah sedang mengupas kelapa. Sementara anaknya Noranida juga berada di luar rumah sedang melayan anaknya Muhammad Haiqal yang hendak minum air kelapa.
08
Encik Ismail yang terlantar dalam rumah tiba-tiba mendengar bunyi letupan kecil. Tidak lama kemudian bahagian tersebut terbakar. Beliau menjerit memanggil isterinya tetapi tiada jawapan. Dalam usaha merangkak keluar untuk menyelamatkan diri beliau pengsan. Puan Jemilah pula tiba-tiba perasan ada asap dan api. Terus meluru mendapatkan suaminya. Dilihat suaminya telah pangsan. Diusahakkan untuk menarik keluar suaminya yang telah pengsan. Api semakin marak. Beliau semakin keletihan. Dengan izin Allah SWT tiba-tiba muncul seorang pemuda dan segera membantu membawa Encik Ismail ke tempat yang selamat.
07
Tak sampai 15 minit semua yang 'rangup' habis terbakar dimakan dengan lahapnya oleh api yang rakus.
06
Bomba Triang dihubungi. Bomba Sukarela Kemayan juga sampai. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tetapi tiada apa yang tinggal selain dinding semen, tiang kayu, atap zink dan rangka motosikal Lagenda. Rumah sekitar terselamat. Bomba Triang meninggalkan tempat kejadian jam5.50 petang.
05
Rumah yang terbakar ini terletak di belakang Dewan padang Luas. Berhampiran dengan dewan ini juga terdapat Pejabat Pendidikan Daerah Bera, Sekolah Kebangasaan Kerayong, Sekolah Menengah Seri Bera, Pejabat Pertanian Daerah Bera, Pejabat Kemas Daerah Bera den Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangasaan (AADK).
04
Kejadian ini adalah Ramadan Yang Menginsyafkan (ikhwanmuda.blogspot.com) bagi kita semua.
03
Rumah yang berhampiran juga menglami kerosakan. Ada yang pecah dan retak cermin. Ada yang rosak tangki air. Keluarga Encik Ismail ada bertanya kepada pemilik rumah yang terlibat. kalau mereka nak gantikan kerosakan tersebut pihak Encik Ismail akan usahakan membayarnya. Alhamdulillah, ada yang menjawab "Tak payah ganti, bukan sengaja".
02
Pihak Lama Kerayong berharap Encik Ismail serta isteri Puan Jemilah dan anak-anak; Junaidah, Zulkifli, Mohd Saimy, Rohana, Muhammad Tamizi, Noranida, Mohd Azhar, Mohd Zain dan Mariati sabar menghadapi dugaan ini.

Selain itu, Encik Ismail atau Pak Mail berharap dapat berjumpa dengan pemuda yang membantu menyelamatkan nyawanya. Antaranya adalah Rashid SBY, Pengurus Kedai buku SBY Kerayong yang juga Jaguh Badminton Daerah Bera.
01
Sekianlah satu sudut cerita yang didengar. Nak kata betul tak pasti setakat mana betulnya. Kalau sesiapa nak gunakan cerita ini nak cerita kepada orang lain, mulakan dengan ayat "Ada satu cerita yang tak pasti setakat mana betulnya".

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera).

Majlis Berbuka Puasa


Majlis Berbuka Puasa Menteri KPDNKK
Merangkap Ahli Parlimen Bera
Bersama Kakitangan Awam Daerah Bera


Tarikh: 12 September, 2009 (Sabtu)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Pejabat Daerah Ban Tanah Bera

Aturcara Majlis
4.45 ptg
-Ketibaan Peserta Koperasi/Jemputan

5.00 ptg
-Ketibaan Dif-Dif Jemputan

6.00 ptg
-Ketibaan YB. Dato' Ismail Sabri bin Yaakob. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
-Bacaan Doa
-Ucapan Aluan Oleh pegawai Daerah Bera
-Penyampaian Mock-Cek
-Penyampaian Bantuan Kepada Anak Yatim, OKU, Penghidap Sakit Kronik, PAKR Padang Luas dan PAKR Bandar Kerayong.

7.13 ptg
-Majlis Berbuka Puasa dan Solat Magrib
-Bersurai

Tuesday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (A6)

TGambar ini dirakam ketika program bersama Pejabat Agama Islam Daerah Bera di Kampung Bongkok. Penduduk kampung ini terdiri daripada suku kaum Semelai. Terdapat 18 keluarga Islam di Kampung Bongkok ini.
01
Pandang Pandang Jeling Jeling.
02
Disini Ku Berjanji.
03
Bukan Cinta Biasa.
04
Bisikan Hati
05
En Hanif Penggerak bergambar bersama dengan Tuan Kadi Daerah Bera dan sepasang kanak-kanak Orang Asli Semelai.

Sunday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (A5)

Gambar ini dirakamkan pada 15.7.2009 di Kampung Orang Asli Bongkok. Penduduk kampung ini adalah suku kaum Semelai.

Setelah mendapat kepercayaan sekumpulan penduduk tidak susah lagi kita nak merakam gambar mereka.
01
Di Batas Masa.
02
Joget Senyum Memikat.
03
Kudus Sinarmu.
04
Lakaran Kehidupan.
05
Kini Kau Di Sisi. Percayalah.

Saturday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (A4)

Gambar ini dirakamkan pada 15.7.2009 di Kampung Orang Aseli Semelai Bongkok.

Setelah individu sasaran telah yakin dengan kita, dia akan meminta kita mengambil gambar-gambar mereka. Keadaan ini akan menyebabkan kawan-kawan yang lain turut berasa yakin dan ingin bergambar bersama.
01
Dua daripada mereka amat malu untuk bergambar pada mulanya.
02
Dairi Hati Mu.
03
Pada mulanya amat malu untuk bergambar. Ahirnya sedang leka bercerita saya berjaya mendapatkan gambar ini.
04
Purnama Merindu.
05
Ini adalah Pak Awang. Kata Pakcik Awang Kanpong Bongkok ini ada dua, yang diseberang sunggai mendapat nama daripada pokok merbau yang bongkok macam orang tua. Tempat itu dipanggil Merbau Bongkok.

Kawasan yang diduduki oleh Pak Cik Awang dinamakan berdasarkan cerita seorang tua yang setiap hari terbongkok-bongkok menangkap ikan di kawasan kampung ini.

Thursday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (A3)

Gambar ini dirakamkan pada 15.07.2009 di Kg Asli Semelai Bongkok, Bera, Pahang.

Setelah mendapat kepercayaan seorang daripada mereka yang menjadi sasaran. Saya meminta dia tunjukkan binatang peliharaan yang dia ada dirumah. Tanpa berlengah terus dibawa melihat empat ekor anak tupai yang menjadi peliharaan dan dikurung dalam 'penjara' (sangkar). Terus saya gunakan peluang untuk mengambil gambar dia dan adik-adik dia.
01
Kita Kan Ber Sama. Demi Kasih Sayang.
02
Tak rela Berpisah Dari mu.
03
Lela Manja.
04
Rindu Diantara Kita.
05
Cindai

Sunday

Sambutan Merdeka 2009 - Padang


Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Ogos, 2009 (Isnin)
Masa : 7.15 pagi
Tempat : Padang Majis Daerah Bera

Aturcara Majlis

7.15 pagi
-Ketibaan Orang Ramai
-Kontigen Perbarisan Mengambil Tempat

7.45 pagi
-Ketibaan WAkil YAB. Menteri Besar Pahang diiring ke pentas.
-Menerima Tabik Hormat daripada Ketua Kontigen Kawalan Kehormat
-Wakil YAB Menteri Besar Pahang Memeriksa Perbarisan.
-Nanyian Lagu Jalur Gemilang, Lagu Satu Malaysia
-Bacaan Doa
-Perutusan dari YAB Mnteri Besar Pahang
-Bacaan Ikrar dan Laungan 'Merdeka"
-Kawalan Kehormat Keluar Padang
-Wakil YAB Menteri Besar Pahang Meninggalkan Majlis

9.00 pagi
-Majlis Bersurai

Lebih kurang 100 keping gambar-gambar semasa majlis ini akan disiarkan secara bersiri bermula 20hb November 2009. Pada masa ini masih terdapat banyak gambar-gambar lain yang perlu disiapkan ikut giliran.