Tuesday

Tadarus Al-Quraan Zon Mengkarak: Bercerita (01)

Tarikh: 30 Mac 2009
Tempat: SK Batu Papan
Pertandingan Bercerita.
4 Peserta lelaki.
3 Hakim.
2 Menunggu giliran.
1 Peserta perempuan.

"Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelajah Malaysia 2009: Cantiknya (08)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Inilah wanita-wanita cantik yang menyerikan Jelajah Malaysai 2009.
6
5
4
3
2
1

"Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelajah Malaysia 2009: Temuramah (07)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Wartawan Sinar Harian Bera bersama dengan wartawan dalam dan luar negara sedang bertanya soalan kepada pemenang-pemenang Jelajah Malaysai peringkat 6 Gambang ke Bera.
8
7
6
5
4
3
2
1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelajah Malaysia 2009: Tarian (05)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Persembahan tarian oleh pelajar Sekolah Kebangasaan Seri Buntar Triang.
5
4
3
2
1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Larian Tasik Bera

PENDAFTARAN ONLINE
Info Pertandingan
Tarikh Pertandingan: 2 mei 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2009

Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 akan mengadakan dua acara larian iaitu peringat Tasik Bera dan Peringkat Pulau Tioman. Acara ini telah mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Laut, Tourism Malaysia, Majlis Belia Kuantan, Tioman Developement Authority, Pejabat Daerah Rompin, Pejabat Daerah Bera dan Lembaga Tindakan Pelancongan Pahang.

Larian Peringkat Tasik Bera akan diadakan pada 2 Mei 2009 (Sabtu). Di peringkat ini peserta perlu berlari sejauh 24 km sekitar Tasik Bera. Mungkin merentas laluan berair, laluan berlumpur, kebun sawit dan jalan tar. Ada empat kategori dipertandingkan:
1. Antarabangsa - Lelaki
2. Antarabangsa - Perempuan
3. Tempatan Juara Bera - lelaki
4. Tempatan Juara Bera - Perempuan

Untuk kategori Tempatan Juara Bera sudah tentu dikhaskan kepada mereka yang beralamat di Daerah Bera atau yang tinggal di Daerah Bera atau lahir di Daerah Bera. Semua peserta termasuk peserta Tempatan Bera perlu berlari sejauh 24km.

Peserta Tempatan Bera yang nak masuk kena kuat mental dan fizikal, kena lari redah air, selut dan macam-macam lagi sejauh 24km. Kalau berjaya menjadi juara, juara pertama akan dapat hadiah wang tunai RM1,200. Juara kedua pula dapat RM850 dan juara ketiga dapat RM500. Wang tunai akan diberikan sehingga kepada juara nombor 20. Ini adalah hadiah kepada Juara Lelaki bagi Tempatan Bera.

Bagi Juara Perempuan bagi Tempatan Bera pula akan mendapat hadiah RM1,000 bagi juara pertama, RM700 bagi juara kedua dan RM400 bagi juara ketiga. Hadiah diberikan sehingga juara nombor 10 sahaja.

Jumlah keseluruhan hadiah adalah bernilai RM31,500.
1. Antarabangsa - Lelaki -RM14,500
2. Antarabangsa - Perempuan -RM8,500
3. Tempatan Juara Bera - lelaki - RM5,150
4. Tempatan Juara Bera - Perempuan - RM3,350

Kami di Laman Kerayong Blogspot telah tolong mendaftarkan secara online seramai 4 orang bagi kategori lelaki Tempatan Bera. Syabas kepada peserta Bera kerana menyahut cabaran Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009.

Aturcara adalah seperti berikut: (1) Pendaftaran bermula 5.30 pagi. (2) Larian bermula jam 9.00 pagi (3) Larian tamat jam 12.00 tengahari dan (4) Penyampaian hadiah jam 12.15 tengahari.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 sila klik SINI. Kalau dan tak sabar-sabar nak berlumba dalam Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 boleh terus mendaftar secara online, sila klik SINI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2009. Jumlah peserta dihadkan kepada 500 orang sahaja. Peserta perlulah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Yuran penyertaan adalah RM50 bagi antarabangsa dan RM20 bagi tempatan Bera dan Tioman.

Untuk mendapatkan kemudahan internet percuma bagi mendaftar secara online, sila berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Waktu operasi Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah seperti berikut:
ISNIN - KHAMIS
8.30 pagi - 5.00 petang
JUMAAT
8.30 pagi - 12.15 tengahari
2.45 patang - 5.00 petang
SABTU & AHAD
Tutup
(boleh pergi ke perpustakaan desa)
.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday

Jelajah Malaysia 2009: Pamiran (04)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Beberapa buah gerai pamiran turut disediakan kepada penduduk Bera sempena perlumbaan Jelajah Malaysai 2009. Mungkin gerai orang Bera pun ada juga.
5
Tourism Malaysai. Nak ajak orang Bera melancong ke Perlis, Perak, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terangganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
4
Tasik Bera. Nak ajak orang Bera melawat Tasik bera.
3
Agensi Anti Dadah Kebangasaan (AADK). Nak ingatkan orang Bera supaya jauhi dadah.
.
Dadah Membawa Padah.
Padah Yang Tak Sudah-sudah.
Sudah-sudah La Hisap Dadah.
~Dadah Membawa Padah
~Padah Yang Tak Sudah-sudah
~Sudah-sudah La Hisap Dadah
~~Dadah Membawa Padah
~~(dan seterusnya ... susah nak berhenti.)
2
Kereta. Nak pujuk orang Bera tukar kereta baru. Pinjaman boleh diuruskan.
1
Basikal BMX. Nak bagi tau orang Bera, jenis-jenis basikal. Yand ditunjukkan ini BMX. Bukan Racing, Bukan MTB Cross Countary. Bukan MTB Downhill. Bukan MTB Onroad. Bukan basikal pergi sekolah atau pergi pasar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelajah Malaysia 2009: Penonton Perempuan (03)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Penonton perempuan turut sama memberikan sokongan kepada program yang dijalankan. Sabar menanti pelumba Jelajah Malaysia 2009 sampai di garisan penamat di hadapan Perpustakaan Awam Daerah Bera.
5
4
3
2
1
"Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday

Jelajah Malaysia 2009: Penonton Lelaki (02)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, semua pelajar sepatutnya pergi sekolah. Penonton tempatan yang ada di garisan penamat Jelajah Malaysai 2009 adalah pekerja syarikat swasta di Bera, orang kampung disekitar Bandar Bera dan kakitangan kerajaan di Daerah Bera. Budak sekolah kena pergi ke sekolah. Inilah gambar peminat dan penyokong tempatan.
19
Kakitanga Majlis Daerah Bera (MDB).
Bangunan yang kelihatan di belakang kakitangan MDB adalah Bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Orang yang minat membaca dan suka menambah ilmu selalu datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi selalu juga 'tetamu istimewa' datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera, mereka nak bayar cukai tanah, nak bayar cukai pintu, nak bayar lesen perniagaan, nak tandatangan Tok Penghulu, nak jumpa Pegawai Daerah, nak jumpa penolong Pegawai Daerah, nak jumpa YDP Majlis Daerah Bera, nak jumpa SU MDB dan ada juga nak bayar Bil Letrik TNB.
18
Kakitangan TNB Bera.
17
Kakitangan JKR Daerah Bera. Masih belum terlambat ke?
Beliau bergambar berhampiran papan tanda "SILA JELASKAN CUKAI TANAH ANDA SEBELUM 31 MEI SETIAP TAHUN. Kegagalan Untuk Menjelaskan Cukai Boleh Menyebabkan Tanah anda Dirampas".
16
Jam 11.17 pagi, hari dah makin panas, nasib baik ada pokok dekat Bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera.
15
Hari dah makin panas ni!
14
Jam 11.14 pagi, lambat lagi ke sampai?
13
Kakitangan Sekolah Menengah Kebangasaan Bandar Kerayong bersama penduduk Kampung Kerayong sedang sabar menanti pelumba Jelajah Malaysia 2009 sampai ke garisan penamat.
12
Hai! Saya Orang Bera.
11
Sekejap lagi sampai la pelumba-pelumba basikal Jelajah Malaysia 2009.
10
Penduduk kampung, Syarikat Jas Letrik, Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bera dan kakitangan Majlis Daerah Bera.
9
Jam 11.12 pagi, penyokong tempatan Bera bersedia untuk memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba Jelajah Malaysia 2009.
8
Peniaga sekitar Bandar bera. Syarikat Fine Art Bera. Syarikat Berkat Ria Bera.
7
Penduduk Daerah Bera bersedia untuk menyambut ketibaan pelumba.
6
Kakitangan Majlis Daerah Bera.
5
Kakitangan Majlis Daerah Bera.
4
Ironman Bera, guru Sekolah Menengah Kebangasaan Triang dan kakitangan Majlis Daerah Bera.
3
Kakitangan Majlis Daerah Bera yang membantu menghias pentas utama.
2
Jam 11.09 pagi. Tetamu VIP. Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera. TNB Bera.
1
Tetamu VIP. Pegawai Rela Daerah Bera.