Saturday

Larian Tasik Bera (04) Kor Kesihatan Diraja

Angkatan Tentera Malaysia (ATM: Darat-Laut-Udara) -Kor Kesihatan Diraja (KKD):
bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM.

Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi telah menyebabkan penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Pada tarikh 11 Mei 1967 Kor Ubatan dan Gigian (KUG) telah menggantikan Kor Perkhidmatan Am (Ubat). Kor Ubatan dan Gigian (KUG) terus mengalami perkembangan dengan pertukaran namanya kepada kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Seterusnya Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 adalah pengiktirafan tertinggi yang diterima oleh Kor Kesihatan Diraja.
Rujukan: Klik DISINI
06
Anak-anak Orang Asli Semelai sedang menunggu giliran untuk bersunat.
05 Hasila
04 Mendengar
03 Menunggu giliran.
02 Pemeriksaan.
01 Projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge.

"Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

Larian Tasik Bera (03) Pamiran Perhilitan

Pejabat Perhilitan telah mengadakan pamiran pada hari Larian Tasik Bera. Pengunjung ke pamiran ini mendapat cenderamata.
07
Conservation Eduacation - Nature Education Centre and Educational Camp:
1. Wang Pinang, Perlis
2. Bukit Rengit Lanchang, Pahang
3. Kuala Atok, Taman Negara
4. Batu Maloi, Negeri Sembilan
5. Tasik Kenyir, Terengganu
6. Zoo Malaka, Air Keroh Melaka.
7. Bukit Marak, Terengganu
06
Rever Terapin Location:
1. Bota Kanan, Perak
2. Bukit Pinang, Kedah
3. Bukit Paloh, Tetengganu
05
Wildlife Conservation Centre Location:
1. Tapir - Sungai Dusun Selangor
2. Gaur - (a) Jenderak Pahang. (b)Sungkai Perak (c) Gua Musang Kelantan
3. Barking Deer - (1) Gua Musang Kelantan (b)Segamat Johor (c) Sungai Batu Pahat Perlis
04
Pandangan dari belakang rumah Rumah Orang Asli Semelai Tasik Bera.
03
Pandangan dari depan Rumah Orang Asli Semelai Tasik Bera.
02
Alat menangkap ikan Orang Asli Semelai yang dinamakan 'bubu'. Alat ini serupa seperti yang digunakan oleh Orang Melayu.
01
Alat muzik tradisi Orang Asli Semelai. Alat ini dinamakan ..........

Larian Tasik Bera (02) Kategori 'Local Bera'

2 Mei 2009 (Sabtu). Pejabat Pengurusan Tapak Ramsa Tasik Bera.
Kata Waris-warah (saudara mara) di Bera ni , Tasik Bera ni dah ada sejak Zaman Tori (zaman dahulukala) lagi. Wokme (awak semua) kalau nak tau cerita asal usul nanti koi kesahkan (ceritakan). Hari ni nak kesahkan hal orang lumba lari.
09
08. Pandang la Tala (menunjukan) sini, koi nak ambik gambor nak masukkan dalam Blog Laman Kerayong.
07. Sebelum berlari pastikan Upor (beg duit) disimpan dengan baik. Jangan tengan berlari locot (terjatuh) pulak.
06
05
04

03
02 Kalau jumpa bukit kena Uja (mengambil lajak sebagai momentum sebelum memulakan pergerakan) dulu baru tak semput.
01 Kalau nak tau lebih lagi tentang loghat pahang sila ke Blog RODHONG COIL (Menghubungkan Rodong-Rodong Koi Secara Global).

Larian Tasik Bera (01) Orang Bera

11. Mendengar taklimat.


2 Mei 2009 (Sabtu). Pejabat Pengurusan Tapak Ramsa Tasik Bera.
Makluman mengenai Larian Tasik Bera ini telah ditulis dalam Blog Laman Kerayong Blogspot.com pada 27 April 2009. Dukacita dimaklumkan bahawa yang dimaksudkan oleh penganjur TENTU INTAN SDN BHD bagi perkataan "Local (Bera and Tioman)" adalah siapa-siapa sahaja termasuk peserta Kenya. Penyertaannya sama seperti "International (Bera and Tioman)", siapa-siapa sahaja boleh daftar. Yang berbeza adalah yuran penyertaan, nilai hadiah dan pemberian hadiah. Kalau rasa kuat dan nak hadiah besar jangan masuk "Local (Bera and Tioman)", masuk aja "International (Bera and Tioman)". Mungkin yang dimaksudkan oleh Tentu Intan Sdn Bhd bagi acara "Local Bera" ini adalah "Bera Open" yang bukan dikhaskan untuk Orang Bera sahaja.

Orang Bera sangkakan ada kategori khas untuk Orang Bera bersaing sesama Orang Bera. Maklumlah nak merasa terima hadiah. Tambahan hadiah disediakan sampai pemenang yang ke 20. Rupanya terpaksa bersaing dengan orang kenya, orang putih, orang ATM, orang PDRM dan macam-macam orang yang kuat-kuat.

Walau bagaimanapun Orang Bera tetap memberikan sokongan. Terdapat penyertaan dikalangan Orang Asli Semelai Bera, orang JKR Bera, orang TNB Bera, orang Pejabat Kesihatan Bera/Triang dan peneroka Felda Tementi. Semuanya berjaya menamatkan larian dalam tempah 3 jam ke 4 jam. Orang Kenya tamatkan larian dalam masa 1 jam 55 minit dan 59 saat.
10 Letih setelah sampai. Air tak cukup semasa perlumbaan.
.
Links berkaitan dengan Tentu Intan Sdn Bhd:
@eMenang.com - Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2008 (Ended)
@eco-challenge.com.my - Bera Tioman International Eco-Challenge 2009
@tourism.bernama.com - Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2008
@pahangtourism.org.my - Sultan Ahmad Shah Tioman International Challenge
@rompinkawan.blogspot.com - 10 rakan penganjur Tentu Intan Sdn Bhd
09 Peneroka Felda Tementi berjaya menamatkan larian. Hadiah bukan matlamat, Hanya kawank-kawan pemberi semangat.
08 Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Triang juga berjaya menamatkan larian. Kalau boleh nak sijil penyertaan atau baju T sebagai bukti telah menamatkan larian 24 km dalam hutan. Rasa macam 48 km.

07 Untuk melihat aksi pelumba ini semasa MSSD Bera sila klik DISINI.

06
05 En Hassan Ironman bersama seorang peminat acara lasak.

04 Peserta acara "Local Bera' dilepaskan.

03 En. Jamaluddin dan En. Seow

02 En. Jamaluddin dan En Zul

01 En. Jamaluddin bersama Ketua Balai Polis Bandar 32.

Friday

Menara Taming Sari (08)

Menara Tamin Sari adalah antara tempat yang selalu di lawati oleh mereka yang melawat ke Bandar Hilir Melaka. Menara Taming Sari ini diuruskan oleh Melaka Taming Sari Bhd iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Melaka Berhad yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Melaka. Pembinaan Menara Taming Sari ini dilhamkan oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam dan mula di bina pada tahun 2006.

Berpusing: 360 darjah
Kos Pembinaan: RM24 Juta (termasuk bangunan sokongan iaitu 'Melaka House')
Ketinggian: 110 meter
Jumlah Penumpang: 66 orang
Buatan: Switzerland
Masa Naik Turun: 7 minit
Bayaran Hari Biasa: RM10 seorang (70 sen seminit). Warga emas RM8 seorang. Potongan 50% bagi orang ketiga.

07
06

Naik Menara Taming Sari (07)

6 Mei 2009 (Rabu)
Kalau datang ke Bandar Hilir Melaka kena cuba naik Menara Taming Sari. Di Daerah Bera tak ada menara macam ni. Di kaunter ada di tulis bayarannya RM20 seorang. Berat juga rasa poket nak bayar RM20. Bila sampai di kauter tiket petugasnya kata RM10 seorang. Kalau masuk tiga orang dapat potongan 50% untuk orang ketiga. Jadi kami bertiga kena bayar RM25 sahaja untuk tiga orang. Bagi warga emas yang minat nak naik, bayarannya cuma RM8 sahaja.
10 Tempat tiket.

09 Laluan keluar.
08 Petugas di pintu Menara Taming Sari.
07 Nampak kapal.
06 Rasa selesa dan stabil bila berada di dalam Menara Taming Sari.
05 Nampak Eyes Of Malaysia.
04 Nampak jalan raya yang lurus.
03 Padang.
02 Kapal atas darat.
01 Bersiap untuk merasai nikmat menara berpusing Taming Sari.