Saturday

Jelajah Malaysia 2009: Kesibukan (01)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Seperti yang dijangkakan, Bera menjadi sesak. Dihadapan Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat dilihat berbaris kenderaan menunggu giliran untuk meneruskan perjalanan ke tujuan masing-masing. Kesibukan begini yang amat jarang-jarang dapat di lihat di Daerah Bera.
3
Jika masyarakat Daerah Bera inginkan lebih banyak program-program besar sebegini diadakan di Daerah Bera, kita kenalah bersabar dan bersedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Bukan selalu. Jarang-jarang atau kadang-kadang aja.
2
Bermula di hadapan Perpustakaan Awam Daerah Bera hingga ke hadapan Majlis Daerah Bera kelihatan kenderaan dengan sabar menunggu pelumba basikal Jelajah Malaysia 2009 menamatkan perlumbaan di Bera.
1
Bersyukurlah kita kerana kesibukan hari ini telah berlalu tampa sebarang kejadian yang merisaukan, menyusahkan dan memalukan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday

Jelajah Malaysia 2009

Peserta lumba basikal Jelajah Malaysia akan sampai di Daerah Bera pada 24hb. April, 2009. Peringkat ke enam ini akan bermula di Gambang (Daerah Kuantan) dan akan tamat di Bandar Bera (Daerah Bera).

Peserta akan berlepas pada jam 8.30 pagi dan dijangkan sampai pada jam 11.45 pagi. Berdasarkan maklumat di laman web ini " http://www.jelajah.com.my/map-profiles/stage-6-map-profile.html," laluan utama akan di tutup bermula jam 6.30 pagi hingga 3.15 petang.

Diharap penduduk Daerah Bera yang menggunakan laluan 10 (laluan utama/jalan besar) bersedia untuk menghadapi gangguan kelancaran perjalanan masing-masing disebabkan Pertandingan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 ini. Rancang perjalanan anda.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera juga telah edarkan Info Perpustakaan mengenai Pertandingan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 ini dan penutupan lalauan pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam link ini " http://www.jelajah.com.my/map-profiles/stage-6-map-profile.html."

"Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday

TNB - Tenaga Nasional Berhad

Pada masa ini TNB Bera sedang menjalankan "OPS POTONG". Maksudnya TNB Bera akan memotong bekalan elektrik ke pejabat/rumah/kilang/kedai. Bagi sesiapa yang mempunyai tunggakan yang banyak haruslah menyelesaikan segera, kalau tidak tiba-tiba ... "ops dan kena potong". Tempoh tidak dinyatakan pada kain rentang. Mungkin "OPS POTONG" akan dijalankan terus menerus.


Kain rentang "OPS POTONG" ini telah dipasang di simpang berhampiran Jambatan Mengkarak. Di simpang tiga Temerloh, Bera dan Kuala Bera.

Tulisan di kain rentang "OPS POTONG" menyatakan bahawa "TNB PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA".

Seterusnya kain rentang "OPS POTONG" menyatakan:
.

BIJAK MENGGUNA
RAJIN MEMBAYAR
BAYAR SEGERA
JAMIN BAHAGIA
BAYAR AWAL
ELAK PEMOTONGAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kursus Haji 2009 /1430H

Pada masa ini sedang berlangsung kursuh haji di Masjid Daerah Bera.

Ramai peserta yang hadir, semuanya sedang RALIT (kusyuk/memberi tumpuan terlalu sangat) mendengar ceramah. Tajuk pada hari ini (29.03.2009) adalah Rukun Umrah (Modul No. 4). Kalau ada yang belum mendaftar dengan Tabung Haji boleh juga nak tompang-tompang dengar dengar. Kalau duduk kat pangkin di luar masjid masih jelas boleh dengar ceramah yang disampaikan. Daripada duduk kat kedai kopi baik duduk kat Masjid Daerah Bera, dapat juga ilmu tehtang Haji dan Umrah. Mana tau terbuka hati nak pergi.

Kursus haji bersiri ini ada 17 modul. Kalau ada masa boleh la ikuti semua modul:
1. Adab-adab sebelum menunaikan haji
2. Pengenalan Tanah Suci
3. Pengertian haji dan umrah dan syarat-syarat haji dan umrah
4. Rukun Umrah
5. Rukun Haji
6. Rukun Haji
7. Rukun Haji
8. Wajib Haji
9. Wajib Haji
10. Dam
11. Cara Mengerjakan Ibadat Haji
12. Kesihatan
13. Kesempurnaan Taharah dan Solat
14. Permasalahan wanita / Ulangkaji
15. Ziarah Madinah
16. Pengurusan haji
17. Latihan Amali.



























Links:
@http://hjshukri.tripod.com/id23.html -Haji & Umrah bukan terlalu susah seperti yang disangkakan. Kenapa?
@http://azemiali.blogspot.com/2009/03/modul-kursus-haji.html - Kursus haji bersiri mempunyai 17 modul
@http://www.belajarbahasaarab.com/blog/ -Tips Belajar Bahasa Arab
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejabat Perikanan Daerah Bera

No. 18, Kedai Bangunan LKNP,
Jalan Kerayong 4,
28200 Bandar Bera,
Pahang Darul Makmur.

PERUBAHAN NOMBOR TELEFON DAN FAX

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 13 April 2009 nombor telefon dan fax Pejabat perikanan Daerah Bera telah bertukar seperti berikut:

Nombot Telafon: 09-2556030 (lama) kepada 09-2508030 (baru)
Nombor Fax: 09-2552075 (lama) kepada 09-2508031 (baru)

Demikian dimaklumkan oleh En. Salihi b Idris Ketua Daerah Perikanan Bera melalui surat yang bertarikh 13 April 2009.

EDARAN KEPADA: 1. Pengarah Perikanan Negeri Pahang 2.YB Ahli Parlimen Bera 3. YB Adun Kemayan 4. YB Adun Guai 5. Pegawai Daerah Bera 6. Jurutera JKR Daerah Bera 7. Jurutera JPS Daerah Bera 8. Jurutera JBA Daerah Bera 9. Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera 10. Ketua Polis Daerah Bera 11. Pegawai Kesihatan Daerah Bera 12. Pegawai Pelajaran Daerah Bera 13. Pegawai Bomba daerah Bera 14. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bera 15. Setiausaha Majlis Daerah Bera (MDB) 16. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera 17. Pegawai Pertanian Daerah Bera 18. Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangasaan Daerah Bera 19. Pegawai RISDA Daerah Bera 20. Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Bera 21. Pegawai Perkhidmatan Veterina Daerah Bera 22. Pegawai Kemas Daerah Bera 23. Pegawai MARA Daerah Bera 24. Pegawai Pendaftaran Daerah Bera 25. Pegawai Perpustakaan Awam Daerah Bera 26. Pegawai Rela Daerah Bera 27. Pengurus Cawangan TNB Daerah Bera 28. Pengurus STMB Daerah Bera 29. Ketua Pos Cawangan Triang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[14.04.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday

BlogMalaysia.com


BlogMalaysia - a human edited web directory with Google PageRank 3 status - invites bloggers around Malaysia to submit and promote their blogs to gain higher publicity to the world!
.
31.03.2009 -Laman Kerayong mohon disenaraikan dalam Blog Malaysia setelah 66 tajuk ditulis.
DETAIL:
#11.04.2009# - [Hits: 0] [ Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP: 64]

#09.05.2009# - [Hits: 3] [ Pagerank: 0] Alexa Rank: 8] [Google IP: 105] [Posts: 92]

#21.05.2009# - [Hits: 5] [ Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP: 105]

23.05.2009# - [Hits: 6] [ Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP: 105] [134 Posts] [4 Followers]

#25.05.2009# - [Hits: 6] [ Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP: 152] [136 Posts] [4 Followers]

#12.06.2009# - [Hits: 9] [ Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP: 170] [191 Posts] [6 Followers]

#09.09.2009# - [Hits: 1] [ Pagerank: 0] [Alexa Rank: 24,414,975] [Google IP: 192] [288 Posts] [12 Followers]

Maulidur Rasul Daerah Bera: Sekitar Program (4)

Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa). Tempat: Masjid Daerah Bera (Darul Fikri). Masa:8.00 malam
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

Inilah foto-foto yang dirakamkan bagi menunjukkan suasana sekitar program sambutan. Dan akhir sekali marilah kita renung tulisan berikut:

"KITA MENGENAL ALLAH. TETAPI TIDAK MENUNAIKAN HAKNYA. KITA BERKATA CINTA KEPADA RASULULLAH TETAPI KITA TOLAK SUNNAH( HADIS ). KITA MEMBACA AL-QURAN TETAPI KITA TIDAK BERAMAL DENGANNYA. KITA TERIMA NIKMAT ALLAH TETAPI KITA TIDAK BERSYUKUR. KITA BERKATA SYAITAN ITU MUSUH KITA TETAPI KITA TIDAK MENENTANGNYA. KITA BERKATA SYURGA ITU BENAR TETAPI KITA TIDAK BERAMAL MENDAPATKANNYA. KITA KATAKAN NERAKA ITU BENAR TETAPI KITA TIDAK LARI DARINYA. KITA BERKATA MATI ITU BENAR TETAPI KITA TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA. KITA BANGUN TIDUR LALU MEMBILANG KEAIBAN MANUSIA TETAPI KITA LUPA KEAIBAN SENDIRI. KITA KEBUMIKAN JENAZAH SAUDARA KITA TETAPI TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARINYA."

9 8
7 6
5 4
3 2
1
Canon S5IS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[25.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

Maulidur Rasul Daerah Bera: Ceramah (3)

Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa). Tempat: Masjid Daerah Bera (Darul Fikri). Masa:8.00 malam
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

18 17 16 15 14
100 peratus mat rempit adalah orang Melayu. Kita berdoa supaya mat rempit ini ditunjukkan jalan yang lurus supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka (mat rempit) pula berdoa supaya ditunjukkan jalan yang paling lurus untuk mereka berlumba. Siapa yang paling cepat sampai ke pangkal jalan, akan menjadi mat rempit yang paling cekap dan cemerlang dalam ilmu merempit.
13
Jangan kata gejala sosoal tiada kaitan dengan kita dan keluarga kita. Lepak, buli, rempit, rokok, dadah, dedah, curi, bunih dan macam-macam lagi dan menghantui masyarakat kita. Mana kita nak lari. Manakan tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
12 11
Kita kata pada anak-anak kita tiga perkara. Pertama, belajar untuk rasa cinta pada Nabi. Kedua, Belajar untuk cinta kepada keluarga Nabi. Ketiga, selalu membaca Al-Quran. Kalau mereka tak mahu dengar kita ulang dan ulang. Kita jangan kata "Lu pikir lah sendiri". Mereka mana reti pikir benda lain selain nak cari jalan yang paling lurus untuk berlumba.
10 9
Apa yang kita tanam dalam diri kita dan anak-anak kita, itulah yang akan kita kutip hasilnya. Mana boleh kita tanam ubi kayu dan harapkan padi yang tumbuh. Nabi gelisah tidak boleh tidur kerana belum bersedekah. Kita tak boleh tidur kerana esok ada orang datang nak mintak sedekah. Orang lain hulurkan duit dalam tabung derma masjid. Kita senyuk aka bila lalu dekat tabung masjid kerana senyuman adalah sedekah.
8 7
Bila mak bapak bercerai anak memberontak, anak kosong jiwa dan anak jadi keciwa. Dimana silapnya? Ada negeri yang mencatatkan kes percerian tertinggi dikalangan orang-orang tua. Makin tua makin muda bercerai. Apa silapnya? Antara silapnya adalah doa semasa kenduri kahwin. Kalau masa kenduri 1,000 orang yang datang mendoakan supaya "Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu". Lepas dapat cucu dah tak bahagia lagi, maka bercerai.
.
1990(661), 1991 (600), 1992(552), 1993(546), 1995(689), 1996(763), 1997(1,062), 1998(1,221), 1999(1,118), 2000(1,016), 2001(1,042), 2002(894), 2003(917), 2004(616), 2005(1,505), 2006(1,541) dan 2007(1,502).
.
Semasa mula-mula kawin semuanya manis. Bila dan lama kawin hilang semua yang manis-manis. Tinggallah kencing manis sahaja.
6 5
Kalau nak pilih pasangan untuk berkahwin kena pilih betul-betul. Pilih suami atau isteri bukan macam pilih kain baju. Suka pakai tak suka buang, beli yang lain atau beri kat orang lain. Pilih pasangan yang mempunyai akhlak dan jaminan masa depan. Tetapi kalau dah jodoh dah tak boleh buat apa-apa selain berdoa. Berdoa lah selalu. Ditakdir dapat suami panas baran dan suka pulul isteri. Isteri kenalah selalu berdoa. Minta Allah lembutkan hati suami. Jangan mintak lembutkan suami, daripada suami baran dapat pula suami lemah lembut macam perempuan.
4 3
Orang yang sembahyang belum tentu baik. Orang yang baik tentu akan sembahyang. Orang yang pergi ke masjid belum tentu baik semuannya. Orang yang baik akan selalu pergi ke masjid.
Kalau kita tak mampu nak amalkan semua tuntutan Islam, jangan tinggalkan semua.
2 1
Canon S5IS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maulidur Rasul Daerah Bera: Selawat (2)

Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa). Tempat: Masjid Daerah Bera (Darul Fikri). Masa:8.00 malam
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

Sebelum ceramah dimulakan, penceramah telah menjemput semua peserta untuk berdiri dan berselawat.

Banyak sungguh manafaat yang diperolehi bagi mereka yang berselawat. Banyak sungguh kalau nak kira, 10 kali ganda, 11 kali setiap kali selesai , 100 kali sehari, 7 kali pada air , 3 kali setiap selepas solat 5 waktu , 1000 kali sehari, sekali pada malam Jumaat, 41 kali sehari, 1000 kali pada malam Jumaat, 33 kali sehari , 3 kali setiap selesai solat , 10 kali pada setiap waktu , 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, 70 kali sehari, 80 kali tiap selepas solat , 1000 kali selepas solat hajat, 40 hingga 100 kali setiap hari dan 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari.

Selawatlah supaya: turun rahmat, hapuskan dosa-dosa kecil , bertemu jodoh , perut yang sakit atau memulas akan sembuh, dihilangkan kebuntuan fikiran , kebijaksanaan pemikiran, dihormati dan dihargai , saat mautnya akan dipermudahkan , daripada sifat tercela, beroleh kebahagiaan , akhlak kita disenangi , menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, beroleh ketenangan fikiran, menjamin keselamatan hidup , menghindarkannya daripada sebarang bencana, bebas ancaman musuh serta bahaya fitnah, membersihkan kekeruhan jiwa, terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan , dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah, mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW, dapat menemui Nabi SAW dalam mimpi, dibukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka, Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan , dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya , dikabulkan Allah akan hajat, saat kematiannya dalam kesudahan yang baik dan akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya.
[rujukan http://soleh.net/2007/09/26/keajaiban-selawat/]
8 7
6 5
4 3
2 1
Canon S5IS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------